BAJAJ memperkenalkan model edisi khas untuk NS200 dan NS160 di Colombia, yang dipanggil 'Pulsarmania'.
Dua model ini menampilkan grafik unik dengan skema warna badan dua-tona, ialah hitam dan putih dengan strip kuning neon pada kowl lampu, panel sisi tangki minyak dan shroud (fairing bawah tangki).
Model edisi khas ini turut ditampalkan dekal penaja pada tangki, manakala dekal 'Pulsarmania' dilekatkan di bahagian ekor. Tambahan lain, NS160 dan NS200 didatangkan dengan aksesori seperti gad buku tangan (knuckle), grip tangki dan pelindung rempuh (crash guard).
BACA >>> #BikinMotor: Pulsar NS200 Kena Sumpah Jadi Kawasaki Z1000
Selain perubahan kosmetik, tiada kemas kini mekanikal dilakukan dan semua kekal sama. NS160 dikuasakan enjin 160cc penyejukan minyak berkuasa 15.5hp dan tork 14.6Nm dengan transmisi klac manual 5-kelajuan, manakala NS200 dijana enjin 199cc penyejukan cecair berkuasa 23.5hp dan tork 18.4Nm dengan transmisi klac manual 6-kelajuan.
Sistem brek dan suspensi juga kekal sama untuk kedua-dua model.
Colombia ialah antara pasaran terbesar Bajaj di luar India. Pengenalan edisi 'Pulsarmania' dijangka melonjakkan jualan dua model berkenaan. India juga khabarnya bakal memperkenalkan seragam sama di negara itu dalam masa terdekat ini.
BACA >>> 4 Reviu Pantas: Modenas Dominar D400 vs Pulsar NS200 vs Kawasaki Z250
Leave a Reply