UMW Toyota Motor (UMW Toyota) sebelum ini ada memberi 'hint' akan membawa masuk model istimewa yang sekian lama dinantikan peminat automotif tempatan. Selepas jenuh berteka-teki, akhirnya wakil pengedar Toyota di Malaysia itu mengesahkan model tersebut ialahToyota Supra, yang akan debut pada penghujung September nanti.
Seperti diketahui umum, pesaingnya, BMW Z4 sudahpun berada di pasaran tempatan dengan pilihan model Z4 sDrive30i M Sport yang dijana enjin 2.0L, dan dijual pada harga RM480,000 seunit.
Model yang mahu dimasukkan UMW Toyota pula khabarnya GR Supra 3.0L!
BACA >>> 10 Fakta Pantas: BMW Z4 sDrive30i M Sport Kini di Malaysia, Harga RM480k
MALAYSIA BAWA MASUK ENJIN 3.0L
Jadi anda boleh buat anggaran sendiri berapakah harga Supra spesdifikasi Malaysia nanti. Mungkinkah tanda harga model itu dalam julat lebih RM500 juta? Apapun, kita tunggu dulu.
Supra ialah produk pertama hasil kerjasama Toyota dan BMW dengan pengeluaran dibuat di kilang Magna Steyr, Graz, Austria. Model dihasilkan akan dihantar menggunakan kapal laut ke kilang Toyota di Motomachi, Jepun sebelum diserahkan kepada pelanggan.
GR Supra menawarkan dua varian enjin:
- 6-silinder Sebaris 3.0L Turbo
- 4-silinder Sebaris 2.0L Turbo
BACA >>> Toyota Supra (2020) Akhirnya Debut di Detroit, Lihat 71 Foto Menarik
Enjin 3.0L Turbo menawarkan tork 500Nm @ 1,500rpm, menunjukkan kuasa dihasilkan mampu dicapai pada rev rendah. Enjin 2.0L Turbo pula mempunyai dua talaan kuasa berbeza, iaitu prestasi maksimum 256hp untuk pemanduan prestasi tinggi dan satu lagi, 195hp untuk pemanduan santai dalam bandar atau lebuh raya.
Supra serba baharu ini turut mewarisi karakter BMW menerusi agihan berat sempurna 50:50 yang pasti membuatkan model sport ini seronok dipandu. Di Jepun, GR Supra 2.0L dijual pada harga bermula 4,900,000 yen (RM186,000), manakala varian 3.0L Turbo berharga 6,900,000 yen (RM261,925).
BACA >>> Toyota GR Supra Lancar di Jepun, Harga Bermula RM186k untuk Varian 2.0L Turbo!
Leave a Reply