TIDAK ramai pemilik sedar ada beberapa komponen kecil motosikal mereka perlu diberikan perhatian dan bukan hanya enjin. Salah satunya, slot kunci motor.
Risiko yang mungkin dihadapi jika tidak diselenggara, slot kunci boleh jadi longgar, kunci mudah tercabut atau kunci. Bagi mengelak situasi sedemikian, rajinkan diri lakukan servis sendiri supaya bahagian slot kunci terjaga baik.
Tip penyelenggaraan pula mudah sahaja, cuma mengambil masa beberapa minit. Pilihannya, rajin atau malas saja.
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Mudah Serikan Semula Warna Cat Motosikal yang Sudah Pudar, Kusam
1. PASTIKAN PENUTUP KUNCI DITUTUP SELEPAS KUNCI DICABUT
Kebanyakan model motosikal keluaran 2012 ke atas dilengkapi ciri pengatup kunci. Sesetengahnya didatangkan dengan pengatup automatik yang tertutup sendiri apabila kunci ditanggalkan.
Fungsi pengatup ini berfungsi mengelak air atau debu memasuki slot kunci selain tujuan keselamatan. Ingat, air dan debu yang masuk dalam slot kunci boleh menyebabkan masalah karat dan rosak.
2. GUNA CECAIR PELINCIR
Sesekali lincirkan slot kunci guna cecair atau penyembur khas supaya dapat berfungsi normal dan dalam kondisi baik.
BACA >>> 5 Tip Elak Motosikal Kena Curi yang Mesti Mat Motor Buat!
3. KUNCI TERSEKAT? JANGAN PAKSA!
Jangan sekali-kali paksa apabila kunci tersekat kerana berisiko membuatkan slot kunci rosak dan longgar. Jika tersekat, cuba sembur cecair pelincir atau titiskan sedikit minyak. Tunggulah beberapa minit sebelum pusingkan sekali lagi kunci pada posisi ON dan OFF. Ingat, jangan pakai minyak terpakai.
4. ELAK GUNA RANTAI KUNCI BERAT
Rantai kunci aka keychain memudahkan pemilik mencari kunci dalam beg, atau sekadar hiasan. Tetapi elakkan guna rantai kunci berat kerana boleh menyebabkan slot kunci jadi longgar.
BACA >>> Penyamun Berleluasa, Motor Simpan dalam Rumah Berpagar, Ada Jaga Pun Tak Selamat
SUMBER: Suzuki.co.id
Leave a Reply