TRELER sekuel filem Top Gun, dinamakan Top Gun: Maverick sudahpun keluar. Apa yang menarik kali ini, watak utama, Maverick (lakonan Tom Cruise) menggunakan dua model Kawasaki, iaitu jentera ikonik GPZ900R dan Ninja H2.
Top Gun wajib ditonton kerana menjadi antara filem paling berpengaruh dunia, yang juga memaparkan adegan motosikal paling ikonik dan mengesankan di layar perak.
BACA >>> Kawasaki Ninja H2 Pecah Rekod Dunia 337kmj di Bonneville Speed Week
Tahun lalu, Tom Cruise dilihat sedang menjalani penggambaran filem tersebut menggunakan motosikal berwarna gelap, diandaikan sebagai Ninja H2. Jangkaan berkenaan nyata benar jika anda menonton treler Top Gun: Maverick di bawah ini.
Malah, kelibat Ninja H2 dimantapkan lagi dengan kemunculan model legenda, GPZ900R pada minit 1:23. Jom layan dulu...
BACA >>> Tom Cruise Kembalikan Kawasaki dalam Sekuel Top Gun
Leave a Reply