• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / 10 Foto Real Suzuki Gixxer (2019) di India yang Tidak Masuk Malaysia

10 Foto Real Suzuki Gixxer (2019) di India yang Tidak Masuk Malaysia

July 18, 2019 By Aryon Leave a Comment

89
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI  India lebih seminggu lalu melancarkan Gixxer (2019) pada harga 100,212 rupee (RM6,010), meningkat kira-kira 12,000 rupee (RM720) daripada model terdahulu.

Streetbike baharu itu menampilkan kemas kini kosmetik major dengan rupa lebih agresif dan moden. Lampu utama direka semula dan tangki minyak lebih bersegi untuk penampilan lebih segar. Bahagian belakang diberikan gaya sama seperti saudaranya versi fairing penuh, Gixxer SF, iaitu pelana terpisah dan seksyen ekor langsing.

BACA >>> India Lancar Suzuki Gixxer 155 Baharu, RM6,010

Gixxer (2019) turut diberikan ciri LED pada lampu depan dan belakang langsing, manakala kluster instrumen latar jingga digantikan dengan latar putih.

Masih dikuasakan enjin sama 155cc SOHC penyejukan udara dengan suntikan bahan api (FI), Gixxer 155 mampu meledakkan kuasa 13.9hp dan tork 14Nm. Suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang. Sistem henti pula dikawal brek cakera untuk kedua-dua roda dengan ABS saluran tunggal sebagai ciri standard.

Metallic Sonic Silver
Glass Sparkle Black
Metallic Triton Blue

Ada tiga warna pilihan ditawarkan Gixxer (2019):

  • Metallic Sonic Silver (perak)
  • Glass Sparkle Black (hitam)
  • Metallic Triton Blue (biru)

Di pasaran India, Gixxer (2019) akan berentap dengan Honda CB Hornet 160R, Yamaha FZ-S V3.0 dan TVS Apache RTR 1604V. Di bawah ini beberapa foto versi real sebagai tatapan peminat Suzuki Malaysia yang sudah pun menghembuskan nafas terakhir.

BACA >>> Suzuki Lancar Gixxer SF 250 (2019) Serba Baharu di India, Harga RM10,100

GALERI

KREDIT FOTO: BikeWale

Related

89
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Foto, India, sportbike, Suzuki, Suzuki Gixxer (2019), Suzuki India

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev