• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: Bagaimanakah Pastikan Enjin Diesel Anda Kekal Tip Top?

#ApaNakBuat: Bagaimanakah Pastikan Enjin Diesel Anda Kekal Tip Top?

July 25, 2019 By Han Othman Leave a Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TEKNOLOGI diesel hari ini sudah melalui pelbagai proses penambahbaikan. Daripada enjin yang terkenal dengan bunyi bising dan mengeluarkan asap tebal, kini pembangunan menjadikan ia tidak jauh berbeza dengan enjin petrol. Lebih senyap, dan bersih.

Semua pembangunan cukup hebat, tetapi ia tetap tidak mampu beraksi baik jika anda gagal melakukan penyenggaraan yang betul untuk mengekalkan prestasi enjin diesel.

BACA >>> #ApaNakBuat: Proses Bleeding Bantu Pulihkan Semula Prestasi Enjin Diesel

Di bawah ini ada empat tip yang perlu anda ingat jika anda pemilik kereta diesel:

1. PANTAU COOLANT KERETA

Tidak seperti enjin petrol yang dijana percikan api, sebaliknya enjin diesel bergantung kepada udara panas termampat untuk menghasilkan pembakaran. Enjin diesel juga beroperasi di bawah kondisi panas ekstrem. Jadi anda perlu pastikan bendalir penyejuk (coolant) sentiasa berada pada paras mencukupi bagi menyingkirkan kepanasan yang tidak diperlukan.

2. PASTIKAN PENAPIS BAHAN API DAN UDARA BERSIH

penapis-bahan api-toyota-hilux
penapis-udara-toyota-hilux

Penapis minyak dan udara perlu diganti mengikut saranan pengeluar, sebaiknya setiap 15,000 hingga 20,000km. Malah, penapis perlu kerap dibersihkan walaupun belum sampai tempoh servis berkala. Rajinkan diri periksa penapis udara kerana habuk jalan dan kelembapan cuaca boleh mempercepatkan proses pengumpulan kotoran dan kehausan.

BACA >>> Mazda3 (2019) Tawar Teknologi SkyActiv-X, Enjin Petrol dengan Pembakaran Cara Diesel

3. KURANGKAN MASA LAHU ENJIN

Terlalu kerap membiarkan enjin dalam keadaan lahu (dihidupkan tanpa bergerak) bukanlah sesuatu yang bagus untuk enjin diesel. Ini boleh mengganggu keseimbangan suhu dan mempercepatkan proses kehausan komponen dalaman. Bukanlah menyuruh anda mematikan enjin setiap kali berhenti di lampu isyarat, tetapi seboleh mungkin cuba kurangkan tabiat membiarkan enjin melahu tanpa perlu.

4. TAMBAH PERAWAT BAHAN API SETIAP KALI ISI MINYAK

diesel-treatment-2
diesel-treatment-1

Perawat bahan api diesel (diesel fuel treatment) mampu membantu mengekalkan kebersihan sistem suntikan enjin daripada sebarang bahan cemar. Dengan menambah perawat diesel setiap kali mengisi minyak, anda boleh menikmati dua faedah, iaitu meningkatkan kecekapan enjin, dan mengurangkan emisi toksik. Ini bagus untuk alam sekitar.

Bahan perawat ini sangat berguna jika anda guna kenderaan untuk tujuan komersial dan tugas berat. Jika untuk pemanduan biasa, atau jarang dipandu tidak perlulah terlalu kerap menggunakannya. Cukuplah setiap sebulan atau dua bulan sekali.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Motosikal Tidak Guna Enjin Diesel?

 

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, autotainment, diesel, enjin diesel, Penyenggaraan Enjin Diesel, Servis Enjin Diesel, Tip Jaga Enjin Diesel, tip kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev