• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / AddArmor APR Audi RS7 - Inilah Sedan Perisai Paling Laju di Dunia, Sepantas 325kmj!

AddArmor APR Audi RS7 - Inilah Sedan Perisai Paling Laju di Dunia, Sepantas 325kmj!

July 15, 2019 By Azhan O Leave a Comment

730
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APABILA bercerita tentang sedan kalis peluru, kita mungkin membayangkan kereta bersaiz besar atau Mercedes G Wagon, dan bukan jenis berprestasi tinggi seperti Audi RS7. Terbaharu, Audi menghasilkan sedan perisai dengan sentuhan syarikat AddArmor yang didakwa sebagai kereta perisai paling pantas di dunia.

AddArmor APR Audi RS7 dibina dengan struktur badan kalis peluru, letupan dan apa saja halangan yang cuba menghentikan kenderaan ini daripada bergerak. Namun pada masa sama model ini masih mengekalkan ciri asal sedan sport mewah yang bukan saja melindungi penunpang dalam kereta, tetapi juga mampu mencapai kelajuan maksimum 321kmj!

BACA >>> Škoda Kodiaq vRS - SUV Prestasi Tinggi untuk Polis UK

KOMPOSIT POLIKARBONAT JADI MATERIAL

AddArmor menggunakan enjin 4.0L Twin Turbo V8 yang mendapat talaan APR, iaitu syarikat tuner ternama untuk pengeluar terkenal seperti Volkswagen, termasuk Audi sendiri. Hasilnya ialah angka kuasa setinggi 760hp!

Tidak seperti sedan atau limosin perisai biasa, RS7 tidak dibina dengan keluli berat, sebaliknya menggunakan komposit polikarbonat khas dengan tambahan berat tidak lebih 90kg daripada berat asal keseluruhan jentera.

Presiden AddArmor, Jeff Engen berkata, pengenalan AddArmor APR Audi RS7 menunjukkan bagaimana teknologi perisai masa kini boleh dimiliki kereta biasa dan tidak semestinya dikaitkan dengan kenderaan perisai tradisional.

"Jumlah berat ringan membolehkan kereta sport eksotik, termasuk kenderaan elektrik dipasangkan perisai tanpa menjejaskan prestasi, atau jarak pemanduan. Perbezaan utama ialah AddArmor menggunakan komposit polikarbonat dan bukan plat keluli berat. Ini memberikan pakej yang ringan dan kuat, membolehkan kereta dipandu lebih pantas," katanya.

Tetapi seberapa pantas?

SEPANTAS 2.9 SAAT

Menurut AddArmor, RS7 ini mampu memecut 0-100kmj sepantas 2.9 saat dengan kelajuan maksimum 325kmj yang melayakkan ia menjadi sedan perisai terpantas di dunia.

Kekuatan perisai sedan ini menawarkan beberapa tahap perlindungan. Misalnya tahap B4 mampu melindungi penumpang daripada tembakan senjata api jenis pistol magnum .44, manakala tahap B7 berupaya menangkis tembakan peluru raifal kaliber besar dan hentakan objek tajam.

AddArmor APR Audi RS7 turut disediakan ciri keselamatan tambahan seperti penyembur lada yang boleh disembur menerusi nozel pada pilar-B, pintu dengan hendal renjatan elektrik, gas pemedih mata, penyekat frekuensi untuk mengelak diburu dron, dan sistem pengesan gas untuk mengelak pencemaran gas beracun dalam kabin. Juga dilengkapkan kamera pandang malam 360º dan tayar run-flat Pirelli.

AddArmor APR Audi RS7 dijual pada harga sekitar AS$205,000 (RM842,700), dan turut ditawarkan bersama pakej perlindungan tambahan dengan tambahan harga bermula AS$28,000 (RM115,100).

GALERI

Related

730
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: AddArmor, AddArmor APR Audi RS7, Audi, Audi RS7, Jeff Engen, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev