• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Vietnam Lancar Honda Winner X (RS150R) dengan Ciri ABS, Harga Bermula RM8.2k

Vietnam Lancar Honda Winner X (RS150R) dengan Ciri ABS, Harga Bermula RM8.2k

July 14, 2019 By Aryon 1 Comment

8.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Vietnam sebentar tadi baru saja melancarkan super moped Winner (Malaysia: RS150R) generasi kedua, dipanggil Winner  X selepas kecoh diperkatakan peminat permotoran negara itu sejak lebih dua minggu lalu.

Berdasarkan imej bocor, Winner X tampil dengan rekabentuk baharu sepenuhnya yang lebih sporty dan agresif. Model kali ini memiliki dimensi panjang 2,019mm, lebar 727mm, dan tinggi 1,088mm, manakala jarak roda 1,278mm dan tinggi pelana 795mm

Dimensi Winner X tidak banyak berbeza dengan model terdahulu, cuma tinggi pelana meningkat 15mm (Winner terdahulu, 780mm). Trenkuasa pula masih dijana enjin lama, silinder tunggal 149cc DOHC dengan teknologi PGM-FI bersama transmisi klac manual 6-kelajuan berkuasa 15.4hp @ 9,000rpm dan tork 13.5Nm @ 6,500rpm.

Ada 3 varian ditawarkan iaitu:

  • Winner X CBS - 45.99 juta dong (RM8,098)
  • Winner X ABS Camo - 48.99 juta dong (RM8,626)
  • Winner X ABS Black Matte - 49.49 juta dong (RM8,714)

LEBIH MURAH DARIPADA EXCITER TANPA ABS

Harga standard Winner X di pasaran Vietnam masih lebih murah daripada Yamaha Exciter 150 yang berharga 47 juta dong (RM8,276) untuk varian RC, dan 47.5 juta dong untuk varian GP (RM8,364).

Walaupun menampilkan banyak penambahbaikan, harga Winner X cuma meningkat lebih kurang 500,000 dong (RM88) bagi varian standard hingga 3 juta dong (528) daripada model lama. Amacam?

BACA >>> Foto Honda Winner X (RS150R) Versi Terang Memang Sah Ada Brek ABS!

Jom kita tatap sepuasnya foto-foto pelancaran rasmi Winner X di Vietnam.

KREDIT FOTO: Zing.vn

Related

8.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini

Comments

  1. Joker says

    August 1, 2019 at 10:21 PM

    I waiting Honda winnarx.from Malaysia

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev