• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Foto Honda Winner X (RS150R) Versi Terang Memang Sah Ada Brek ABS!

Foto Honda Winner X (RS150R) Versi Terang Memang Sah Ada Brek ABS!

July 10, 2019 By Aryon Leave a Comment

24k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


IMEJ Honda Winner X aka RS150R yang bakal dilancarkan di Vietnam tidak lama lagi kini mula tersebar di media sosial yang kali ini lebih jelas dan terperinci.

Sama seperti apa kami ulas dalam artikel sebelum ini, rekabentuk Winner X baharu tampil serba baharu dengan mengambil ilham skuter Vario 150. Lampu utama pada panel kepala kini diubah ke bahagian dada, manakala rekaan signal belok di depan dan belakang lebih kecil dan tirus.

BACA >>> Honda Winner X Serba Baharu (RS150R) Akan Dipasangkan ABS? Apa Lagi yang Berbeza?

Ini mungkin respon Honda terhadap kritikan peminat model kapcai itu tentang rekabentuk signal capang yang besar, tidak berapa cantik (baca: hodoh) dan capang. Rekabentuk signal itu juga katanya mengambil ilham signal sportbike CBR150R (tidak masuk pasaran Malaysia).

Paling mengujakan sudah tentu pelekat ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) di madgad depan. Ya, RS150R akan ada ABS! Brek cakera pula menggunakan paten petal yang nampak menarik dipandang. Jika memasuki pasaran Malaysia, RS150R akan jadi model kedua selepas Benelli RFS150i yang menggunakan rekabentuk brek cakera jenis ini.

honda-winner-x-2019-body-panel
honda-winner-x-2019-fairing

Rekabentuk panel sisi badan nampak cukup ekstrem dengan lekuk-lekuk aerodinamik, dan begitu juga fairing. Rekabentuk rim masih sama, jenis Y. Ergonomik menunggang Winner X dikatakan lebih sporty, dengan peg kaki penunggang dianjak sedikit ke belakang, dan boleh juga dilipat! Pelana dan swingarm juga diubah.

BACA >>> Peminat Yamaha Kecam Harga Y15ZR V2 Mahal di Kedai, Rasa Tidak Dihargai

Winner X dijadualkan dilancarkan 13 Julai ini dan diramalkan menggugat pasaran Yamaha Exciter 150 (Y15ZR) di Vietnam.

Artikel Berkaitan

24k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: ABS, Auto Terkini, Foto Honda RS150R, Foto Honda Winner X, Honda RS150R, Honda Winner X, Kapcai, Moped, roda2, Spyshot, super moped, SYM Super Moped VF3i Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
    Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
  • Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
    Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
  • Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
    Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my