• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mitsubishi Eclipse Cross Akan Dijual di Indonesia, Harga Ramalan 147k!

Mitsubishi Eclipse Cross Akan Dijual di Indonesia, Harga Ramalan 147k!

July 14, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

306
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS Singapura, kenderaan utiliti sukan (SUV), Mitsubishi Eclipse Cross bakal ditawarkan di Indonesia, mendahului negara kita dan Thailand. Menurut PT Mitsubishi Motors Krama Yudha Sales Indonesia (MMKSI), SUV itu akan dijual bersama Outlander Sport (Malaysia: ASX).

Dari segi saiz, kedua-dua SUV tersebut menawarkan konfigurasi 5-kerusi, tetapi Eclipse Cross sedikit besar berbanding Outlander Sport.

Pengenalan Eclipse Cross melengkapkap barisan SUV Mitsubishi di Indonesia selain Outlander Sport dan Pajero Sport. Sama seperti Malaysia, Mitsubishi di Indonesia juga sudah menghentikan jualan model sedan dan kereta kompak, menjadikan keseluruhan model  terdiri daripada SUV, kenderaan pelbagai guna (MPV)  dan trak pikap.

BACA >>> #SMS2019: Mitsubishi Perkenal Outlander dan Eclipse Cross Special Black Edition

INDONESIA PASARAN PENTING MITSUBISHI

Indonesia ialah pasaran penting buat Mitsubishi berikutan sambutan hangat ke atas Xpander, termasuk kejayaan  menyaingi model popular seperti Toyota Avanza.

Eclipse Cross ialah model global yang tampil menarik dengan rekabentuk SUV coupé dan kini menjadi trend banyak jenama. Identiti SUV ini mudah dikesan menerusi rupa depan Dynamic Shield yang memberikan imej segar buat model-model Mitusbishi.

Rekabentuk Eclipse Cross diakui badan profesional seperti Institut Promosi Rekabentuk Jepun (Japan Institute of Design Promotion) yang memilih SUV tersebut untuk Anugerah Good Design (Good Design Award) 2018. Mengenai enjin pula, Eclipse Cross mengikut trend masakini dengan memperkenalkan enjin 1.5L Turbo MIVEC berkuasa 154hp dan tork 205Nm serta dipadankan transmisi INVECS-III CVT.

BACA >>> #LAAS2017: Harga Mitsubishi Eclipse Cross (2018) Diumumkan, RM95k di Pasaran Amerika

Bagaimanapun, aspek keselamatan  tidak diperincikan, sebagai rujukan Eclipse Cross versi Amerika Syarikat (AS) dilengkapi Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Amaran Titik Buta (BSW), dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC). Perkara paling menarik untuk diketahui pastilah harganya, tetapi juga belum didedahkan kecuali harga ramalan, iaitu tidak lebih 500 juta rupiah (RM147,100).

Sebagai perbandingan, harga asas Eclipse Cross di AS ialah AS$23,295 (RM95,800), manakala harga Honda CR-V 1.5 Turbo 7-kerusi di Indonesia pula 478,500,000 rupiah (RM140,770).

Selepas sah dijual di Indonesia adakah Eclipse Cross akan singgah ke Malaysia? Menariknya, berapakah harga bakal ditawarkan memandangkan saingan SUV begitu sengit selepas Proton memperkenalkan X70 pada harga kompetitif selain merancang memperkenalkan SUV subkompak X50.

Sama-sama kita nantikan.

BACA >>> Apakah Pro dan Kontra Mitsubishi Eclipse Cross (2018)?

GALERI

Related

306
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Indonesia, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Mitsubishi, Mitsubishi Eclipse Cross, Mitsubishi Indonesia, PT Mitsubishi Motors Krama Yudha Sales Indonesia (MMKSI), Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my