• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Anugerah Auto Express: Honda Civic Type R Kekal Hot-Hatch Terbaik Tahun Ketiga

Anugerah Auto Express: Honda Civic Type R Kekal Hot-Hatch Terbaik Tahun Ketiga

July 16, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


LAMA tidak dengar perkembangan terkini jagoan kereta pacuan depan (FWD) yang unggul di Nurburgring, iaitu Honda Civic Type R.

Rekod Civic Type R di litar tersebut sebenarnya sudah berjaya dipadamkan Renault Megane RS Trophy R pada April lalu. Namun model itu tetap dianggap istimewa bagi peminatnya.

Berita paling terkini, Civic Type R diiktiraf sebagai Hot-Hatch Terbaik Auto Express buat kali ketiga. Walaupun standard pertandingan tinggi, model itu masih mampu menambat hati pasukan juri yang mana pemenang dinilai berdasarkan prestasi, pengendalian, rekabentuk, praktikaliti, konektiviti dan kos pemilikan.

BACA >>> Honda Civic Type R Seterusnya Mungkin Hibrid, Guna Konfigurasi Enjin NSX!

Ini tahun ketiga Civic Type R di pasaran. Walaupun Civic sudah tampil dalam pelbagai versi dipertingkat (facelift) di beberapa negara, model ini masih mengekalkan rekabentuk sama.

Civic Type R dilengkapi enjin 2.0L VTEC Turbo berkuasa 318hp dan tork 400Nm. Honda menolak trend transmisi klac kembar (DCT) dan kekal dengan kotak gear manual 6-kelajuan. Seiring prestasi, Civic Type R dilengkapi sistem damper adaptif (ADS) yang dibangunkan khas dengan tiga mod pemanduan: Comfort, Sport dan +R.

Di Britain, Civic Type R dipasarkan pada harga atas jalan bermula £31,550 (RM162,900). Harga tersebut jauh lebih rendah daripada model sama versi Malaysia.

Namun faktanya, model ini memang dikeluarkan dari kilang Honda UK yang terletak di Swindon. Malah, model spesifikasi tempatan juga diimport terus dari UK.

BACA >>> Honda e Janjikan Pemanduan Seronok dengan Sistem RWD dan Tork 300Nm!

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Express, Honda, Honda Civic, Honda Civic Type R, hot-hatch, Hot-Hatch Terbaik 2019 Auto Express, Nürburgring, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev