• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Marquez Raih 'Perfect 10' di GP Jerman, Tinggalkan Vinales Lebih 4 Saat di Belakang

Marquez Raih 'Perfect 10' di GP Jerman, Tinggalkan Vinales Lebih 4 Saat di Belakang

July 8, 2019 By Aryon Leave a Comment

469
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELUMBA Repsol Honda, adinda Marc Marquez bukan saja mendapat 10 kali grid pertama, tetapi juga 10 kali kemenangan di Litar Sachsenring, Jerman selepas meninggalkan lawan paling hampir, Maverick Vinales dan Cal Crutchlow sejauh lebih 4.5897 saat di belakang.

Pelumba Sepanyol itu kini memenangi lima daripada sembilan siri perlumbaan musim ini, dan kini peluangnya meningkat 55 peratus untuk menjadi juara awal sebelum saingan tamat. Marquez kini mendahului 50 mata di depan menjelang saingan musim panas di Eropah.

"Rancangan aku ialah buat dua pusingan perlahan dan kemudian baru push dan step by step cucuk rapat. Aku push kaw-kaw untuk 10 lap dan untuk 10 lap lagi aku cuba selamatkan tayar. Lepas tu, aku boleh lenjan banyak lagi, tapi ada 3 atau 4 saat jarak dengan rider belakang dah cukup dah," katanya.

BACA >>> #Videotomotif: Inilah Marquez Buat Selepas Dua Bulan Dibedah Bahu

Kredit: MotoGP.com

Vinales juga berada jauh di depan yang mana dia meninggalkan Crutchlow hampir 4 saat di belakang. Namun dia sendiri tiada jawapan tentang bagaimana Marquez boleh terlalu laju di depan. Bagaimanapun, sasaran asalnya di GP Jerman memang untuk menamatkan saingan di tempat kedua.

Kemampuan pelumba bermuka bengis, Crutchlow juga mengejutkan selepas dikatakan patah Tibula (tulang keting) dan mengalami ACL berikutan kemalangan basikal, Rabu lalu. Malah, pelumba LCR Honda itu berjaya menghambat Vinales sepanjang perlumbaan, tetapi terpaksa akur kepada kesilapan sendiri yang menyebabkan dia ketinggalan jauh di Turn 10.

"Aku rasa ada kelajuan lebih baik daripada Maverick, tapi setiap masa aku cuba pecut keluar di Turn 11, dia sangat laju dan berisiko besar utnuk cuba potong dia semua di Turn 12. Aku sangat gembira dapat podium menjelang cuti musim panas ni," katanya.

Pelumba Ducati menghuni tiga tempat selepas Crutchlow, iaitu Danilo Petrucci, dan Andrea Dovizioso daripada Ducati Team, serta pelumba satelit Pramac Ducati, Jack Miller.

BACA >>> Doktor Hairan Bagaimana Marquez Boleh Jadi Juara Dunia Walaupun Bahu Cedera Teruk

ROSSI KE-8, HAFIZH KE-16

Pelumba kesayangan negara, Hafizh Syahrin pula gagal menamatkan saingan di tempat ke-15 untuk membolehkan dia meraih satu mata apabila menamatkan aksi di kedudukan ke-16, jauh tertinggal di belakang pelumba satelit Ducati, Karel Abraham (Reale Avintia Racing).

Rakan pasukan Hafizh, Miguel Oliveira pun gagal mengutip mata, dan mendapat posisi di bawah Hafizh, di tempat ke-18. Pelumba pengilang Red Bull KTM Factory, Pol Espargaro di tempat ke-12, manakala rakan barunya, Johann Zarco tersingkir daripada saingan.

Kekanda Valentino Rossi terpaksa akur dengan kudratnya yang sudah melepasi umur belia apabila mengakhiri saingan di tempat ke-8. Saingan Jerman juga kurang memberikan tuah kepada duo Petronas Yamaha SRT. Franco Morbidelli sekadar tamat di tempat ke-9, manakala rakannya, Fabio Quartararo gagal menghabiskan perlumbaan.

BACA >>> Siapakah Layak Digelar Pelumba 'Game Changer' MotoGP?

KEPUTUSAN GP JERMAN 2019

  1. Marc Marquez SPA Repsol Honda (RC213V) 41m 8.276s
  2. Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1) +4.587s
  3. Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V) +7.741s
  4. Danilo Petrucci ITA Mission Winnow Ducati (GP19) +16.577s
  5. Andrea Dovizioso ITA Mission Winnow Ducati (GP19) +16.669s
  6. Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP19) +16.836s
  7. Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)* +17.156s
  8. Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1) +19.110s
  9. Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +20.634s
  10. Stefan Bradl GER Repsol Honda (RC213V) +22.708s
  11. Tito Rabat SPA Reale Avintia Ducati (GP18) +26.345s
  12. Pol Espargaro SPA Red Bull KTM Factory (RC16) +26.574s
  13. Andrea Iannone ITA Factory Aprilia Gresini (RS-GP) +32.753s
  14. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +32.925s
  15. Karel Abraham CZE Reale Avintia Ducati (GP18) +37.934s
  16. Hafizh Syahrin MAL Red Bull KTM Tech3 (RC16) +41.615s
  17. Francesco Bagnaia ITA Pramac Ducati (GP18)* +56.189s
  18. Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16)* +57.377s
  • Aleix Espargaro SPA Factory Aprilia Gresini (RS-GP) DNF
  • Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) DNF
  • Johann Zarco FRA Red Bull KTM Factory (RC16) DNF
  • Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha (YZR-M1)* DNF

Related

469
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Germany GP, GP Jerman, Marc Marquez, MotoGP 2019, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev