ADAKAH anda ada masalah menunggu berjam-jam lama untuk kereta disenggara setiap kali ke pusat servis atau bengkel? Sekarang tidak perlu risau lagi kerana RessQ60min akan menghantar mekanik ke pintu rumah anda supaya anda tidak perlu lagi membazirkan masa menunggu kereta diservis.
Tahukah anda ada 3.2 juta kenderaan persendirian di Lembah Klang, dan jumlah tersebut meningkat dengan ketara setiap bulan. Bayangkan tambahan 30,000 kereta bergerak atas jalan setiap bulan, dan dianggarkan ada kira-kira 7 juta kereta akan memenuhi Lembah Klang menjelang 2020.
Semua 7 juta kereta ini perlu diservis dan walaupun ada banyak pusat servis dibuka, pemilik kenderaan tetap perlu memandu ke premis tersebut. Anda juga perlu membuat janji temu dan meluangkan masa ke sana.
Kekangan inilah yang cuba diatasi RessQ60min dengan menawarkan perkhidmatan servis bergerak. Berbeza aplikasi mobil lain seperti penghantaran makanan, khidmat cuci atau baik pulih telefon yang ringkas, sebaliknya perkhidmatan penyenggaraan kereta memerlukan kelengkapan dan alatan sofistikated yang perlu dipadatkan dalam satu kenderaan bergerak.
BACA >>> #TahukahAnda: 5 Tanda Minyak Enjin Kereta Anda Kena Tukar Cepat!
SERVIS TERUS KE RUMAH ANDA!
Kini RessQ60min menjadikan semua itu satu kenyataan dengan menggunakan alatan mudah alih dan sumber kuasa berasaskan bateri.
Bercerita tentang konsep perkhidmatan seperti itu, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Suman Mathevan berkata, ramai pemilik perlu meluangkan masa setengah hari hanya untuk menghantar kereta mereka diservis kereta.
"Bagi mengatasi masalah ini, RessQ60min beroperasi 24 jam sehari, tidak seperti pusat servis tradisional yang beroperasi hingga jam 6 petang saja," katanya.
Tanpa premis fizikal membuatkan operasi RessQ60min lebih fleksibel. Menurut Suman lagi, pasukannya juga tidak perlu membayar sewa untuk pusat servis fizikal dan secara tidak langsung mengurangkan kos servis antara 10-15 peratus. Jadi caj pengangkutan ke rumah pelanggan atau ke luar kawasan dapat diserap, sekali gus mengurangkan kos servis yang perlu dibayar.
BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Perlu Tukar Bateri Kereta dan Perlukah Dicas Semula?
SERVIS KECEMASAN 24 JAM SEHARI!
RessQ60min juga menyediakan servis kecemasan, seperti masalah bateri, dan tayar pancit. Perkhidmat menukar bateri kini didatangkan dengan waranti seluruh negara.
"Kami mampu sediakan bantuan sokongan sekiranya pelanggan perlukan khidmat penukaran tidak kira di mana saja. Seperti anam diberikan, RessQ60min mensasarkan bantuan seperti situasi kecemasan dalam masa 60 minit.
"Mekanik terlibat dan pusat khidmat pelanggan kami akan sentiasa mengemas kini lokasi terkini kepada pemilik setiap 15 minit sekali bagi memastikan pemilik kenderaan dimaklumkan dengan situasi semasa," kata Suman lagi.
Buat masa ini RessQ60min menjalinkan kerjasama dengan MyAssist yang memiliki 82 mekanik terlatih dan lebih 400 panel seluruh Semenanjung Malaysia yang mana servis menukar bateri dan tayar ialah perkhidmatan paling popular. Servis lain yang turut ditawarkan ialah menukar pad brek, menukar pelincir, menghidupkan bateri (jumping), menunda dan mencuci kereta.
BACA >>> Blogger UK Ini Terus Insaf Selepas Buat Simulasi Pandu Uji Kereta Tayar Botak
Perkhidmatan cuci kereta bergerak akan dilancarkan bulan depan dengan caj serendah RM18, mengikut model kereta. Menariknya, perkhidmatan ini tidak memerlukan sumber air daripada kediaman atau pejabat pelanggan kerana menggunakan kaedah cucian kering. Jadi pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan ini hampir di masa saja tempat berada, misalnya di parkir kawasan kenderaan terbuka.
Walaupun perkongsian dengan beberapa pembekal utama belum dimuktamadkan, RessQ60min memberi jaminan yang perkhidmatan ditawarkan sudah meliputi kebanyakan jenama terkenal. Tayar misalnya, ada 15 jenama boleh dipilih pelanggan berasaskan bajet dan keperluan.
RessQ60min kini boleh dihubungi 24 jam di talian 03-7764-8188, manakala aplikasi mobil dijadualkan dilancarkan bulan ini. Sila layari laman Facebook Ressq60min untuk sebarang kemas kini terbaharu.
SUMBER: RessQ60min
KADAPI DAROL says
Ada tak bergerak kawasan gelang patah johor.keta sy masalah battery mo kena Jumper