HYUNDAI Motor Group membangunkan teknologi Durasi Injap Variabel Berterusan (Continuously Variable Valve Duration, CVVD) dan kini bersedia dijadikan enjin baharu barisan model Hyundai dan Kia seawal tahun ini.
Inovasi tersebut didedahkan di Hyundai Motorstudio Goyang, Korea menerusi pengenalan enjin Smartstream G1.6 T-GDi, yang juga trenkuasa pertama yang dimuatkan teknologi tersebut.
Apakah kelebihan dan keistimewaan teknologi CVVD ini?
BACA >>> Hyundai Santa Fe (2019) Guna Teknologi Imbas Cap Jari untuk Buka Pintu, Hidup Enjin
1. LEBIH PRESTASI, LEBIH JIMAT DAN LEBIH MESRA ALAM
CVVD mengoptimumkan prestasi enjin dan kecekapan bahan api, serta pada masa sama memenuhi kriteria kenderaan mesra alam. Hyundai mendakwa teknologi baharu ini membantu melonjakkan 4 peratus prestasi enjin dan meningkatkan 5 peratus penjimatan bahan api. Ini termasuk mengurangkan 12 peratus tahap emisi.
2. KAWALAN INJAP IKUT TAHAP PEMANDUAN
Kelebihan utama CVVD ialah kemampuan mengatur tempoh bukaan dan tutupan injap mengikut tahap pemanduan.
Tipikal teknologi kawalan injap variabel (VVT) ialah menguruskan pemasaan bukaan dan tutupan injap, seperti Pemasaan Injap Variabel Berterusan (CVVT), atau mengawal jumlah udara yang disuap dengan melaraskan kedalaman bukaan, seperti Lif Injap Variabel Berterusan (CVVL).
Namun, dua teknologi tersebut tidak dapat mengatur durasi injap kerana pemasaan tutupan injap tidak setara dengan pemasaan bukaan injap, dan tidak dapat bertindak balas mengikut tahap pemanduan yang pelbagai. Jadi, CVVD ialah teknologi enjin baharu yang mampu menangani semua permasalan tersebut dengan kemampuan melaraskan seberapa lama sesuatu injap itu dibuka.
3. OUTPUT ENJIN IKUT KELAJUAN SEMASA
Apabila kenderaan berada dalam kelajuan malar dan memerlukan output enjin rendah, CVVD akan membuka injap ambilan (intake valve) dari tengah hingga hujung lejang mampatan (compression stroke). Ini membantu menambah baik kecekapan bahan api dengan mengurangkan rintangan disebabkan mampatan.
Dalam hal lain, apabila output enjin tinggi, seperti ketika memandu laju, injap ambilan akan ditutup pada permulaan lejang mampatan untuk memaksimumkan jumlah udara yang digunakan untuk proses pembakaran, sekali gus meningkatkan tork bagi menambah baik pecutan.
4. DINAMAKAN SMARTSTREAM G1.6 T-GDi
Enjin pertama menggunakan teknologi CVVD ini ialah Smartstream G1.6 T-GDi, iaitu unit petrol turbo berkuasa 180hp dan tork 265Nm. Enjin ini juga memiliki ciri Resirkulasi Gas Ekzos Tekanan-Rendah (LP EGR) bagi mengoptimumkan kecekapan bahan api.
Sistem resirkulasi gas ekzos akan mengembalikan beberapa gas dibakar menerusi enjin ke kebuk pembakaran, menghasilkan efek penyejukan dan mengurangkan emisi nitrogen oksida.
BACA >>> Kereta Hyundai, Kia Guna Teknologi Bumbung Solar untuk Cas Elektrik Menjelang 2020
5. ADA SISTEM PENYEJUKAN DAN PEMANASAN BERSEPADU
Smartstream G1.6 T-GDi memiliki sistem tekanan-rendah yang akan mengalirkan gas emisi dibakar ke depan kompresor pengecas turbo, berbanding sistem ambilan bagi meningkatkan kecekapan di bawah kondisi beban tinggi.
Sebagai tambahan, unit enjin baharu ini memiliki Sistem Pengurusan Termal Bersepadu (ITMS) yang secara pantas memanaskan dan menyejukkan enjin kepada suhu optimum, dan mengarahkan sistem semburan terus yang mencapai 350 bar, melepasi 250 bar untuk enjin T-GDi lama.
Geseran enjin juga dikurangkan hingga 34 peratus menerusi penggunaan komponen geseran rendah.
6. HYUNDAI SONATA JADI MODEL PERTAMA
Enjin ini akan mula dipasangkan pada Hyundai Sonata Turbo yang dijadualkan debut pada penggal kedua tahun ini. Pendedahan ini ialah siri pertama dalam memperkenalkan barisan kenderaan Hyundai dan Kia baharu dengan enjin yang juga baharu.
Maklumat kenderan Kia dengan enjin baharu akan diumumkan tidak lama lagi menjelang tarikh pelancaran model jenama itu kelak.
BACA >>> Hyundai Cipta Teknologi Sensor Ultrasonik Elak Tertinggal Budak dalam Kereta
Leave a Reply