• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Giliran Filipina Pula Lancar Yamaha Sniper 150 (Y15ZR) Versi Facelift

Giliran Filipina Pula Lancar Yamaha Sniper 150 (Y15ZR) Versi Facelift

July 4, 2019 By Aryon Leave a Comment

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Motor Philippines (YMPH) meraikan ulang tahun ke-64 dengan melancarkan Sniper 150 baharu versi dipertingkat aka facelift di Litar Suzuka, Jepun. Model itu ditayangkan beberapa minit sebelum bermula Race 2 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) untuk kategori underbone, UB150.

Tahun ini genap 15 tahun model Sniper di pasaran, yang juga dipanggil Exciter, Spark, Jupiter, Y15ZR dan Crypton di beberapa negara jiran Asia Tenggara. Malah super moped versi facelift ini sebenarnya sudah pun dilancarkan di Vietnam dan Malaysia.

BACA >>> Akhirnya Harga Yamaha Y15ZR V2 Diumumkan RM8,168 - Sampai Kedai Sah Lebih RM10k

Menurut YMPH, barisan pertama Sniper 150 akan berada di pasaran pada bila-bila masa. Walaupun enjin kekal tidak berubah, gaya baharu ditampilkan kali ini memberikan prestasi aerodinamik dengan grafik lumba baharu. Paling menonjol ialah lampu utama dalam tiga kluster untuk rupa agresif.

Namun, sama seperti peminat Y15ZR di Malaysia, peminat Sniper 150 di Filipina juga kecewa kerana model baharu ini tidak dibekalkan sistem brek anti-kunci (ABS), malah rim pun diambil daripada model lama. Mujurlah ada panel meter LCD penuh sebagai pengubat hati.

Yamaha turut melengkapkan Sniper 150 dengan lampu hazard dan suis pemati enjin, termasuk pelana kulit baharu. Kapcai ini juga dipasangkan rim dan tayar depan lebih lebar. YMPH mendakwa sistem suspensi Sniper baharu ini lebih keras dan kurang membuang ketika membelok.

Beberapa penambahbaikan dilakukan selepas mengambil kira maklum balas pemilik model lama yang mengadu jika menukar tayar baharu lebih lebar, tayar tersebut akan bergesel fender depan ketika membrek kuat.

BACA >>> Vietnam Lancar Exciter 150 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition, Harga RM8,740

4 WARNA MENARIK

Yellow Hornet
Black Raven
Matte Green
Racing Blu

Ada 4 warna menarik ditawarkan: Yellow Hornet (perak-kuning), Black Raven (hitam), Matte Green (hijau gelap) dan Race Blu (biru)

Harga? Di Filipina anda perlu menyediakan 102,900 peso (RM8,320), untuk memiliki Sniper 150 facelift ini, lebih mahal 3,100 peso (RM250) berbanding model lama. Tidak jauh berbeza dengan harga atas kertas di Malaysia. Tetapi tidaklah pula diketahui sama ada harga atas kertas lain, atau harga kedai motor lain. 😅

BACA >>> Inilah Yamaha Y15ZR Edisi Siti Sarah yang Buatkan Shuib Tak Jadi Nak Senyum

GALERI
Black Raven
Matte Green
Racing Blu
Yellow Hornet

SUMBER: TopGearPhilippines| YamahaPhilippines

Related

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Filipina, Kapcai, roda2, super moped, underbone, Yamaha, Yamaha Filipina, Yamaha Motor Philippines (YMPH), Yamaha Sniper 150, Yamaha Y15ZR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k
    Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev