• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Bocor Paten Kompartmen Bateri, BMW Motorrad Bakal Keluarkan Model Hibrid ?

Bocor Paten Kompartmen Bateri, BMW Motorrad Bakal Keluarkan Model Hibrid ?

July 2, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW Motorrad bukan sekadar mahu membangunkan motosikal elektrik, Vision, tetapi juga bakal menghasilkan model hibrid, menurut dokumen paten yang bocor baru-baru ini.

Kereta dengan kombinasi enjin konvensional dan motor elektrik itu sudah terbukti berkesan. Sebaliknya idea sama tidak berapa serasi dengan arkitektur motosikal.

Atas kertas memang nampak seperti idea menarik. Bayangkan motosikal dengan sistem hibrid mampu menawarkan tork tinggi dalam halaju rendah dan operasi enjin lebih senyap serta penggunaan bahan api menjimatkan, sekali gus memudahkan tunggangan dalam bandar.

BACA >>> Cukai Kenderaan Ikut Kadar Pelepasan Emisi, Motosikal Hibrid Bakal Laris di Thailand

Namun, cabaran utama yang perlu diatasi ialah kompartmen bateri kerana kereta memiliki ruang but yang luas.

Jadi, bagi menyelesaikan masalah itu, BMW hadir dengan idea kit tambahan. Berdasarkan lakaran, BMW mengorbankan ruang tangki minyak dengan meletakkan bateri di bawahnya. Ruang bateri itu dibuat daripada material getah yang boleh dilihat menerusi gambarajah label 15.

Walaupun saiz tangki minyak dikurangkan, tetapi motosikal hibrid ini menawarkan kuasa tambahan elektrik yang boleh digunakan untuk tunggangan jarak dekat.

Permohonan paten baharu itu tidak memperincikan tentang sistem hibrid yang akan dibangunkan. Namun BMW pernah memberikan isyarat tentang bakal kemunculan motosikal hibrid jenama itu menerusi model prototaip X2 pada 2015.

BACA >>> Honda Patenkan Winglet Cermin Sisi untuk CBR1000RR

SUMBER: Cycleworld

Related

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW, BMW Motorrad, BMW Motorrad Malaysia, Motosikal Hibrid, paten, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev