• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Jualan Chevrolet Camaro Gen-6 Merosot Teruk, Tiada Lagi Model Baharu Selepas 2023?

Jualan Chevrolet Camaro Gen-6 Merosot Teruk, Tiada Lagi Model Baharu Selepas 2023?

July 1, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

433
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAMAI menyalahkan pasukan rekabentuk Chevrolet berikutan penampilan Camaro generasi ke-6 yang serba kontroversi. Satu lagi kesilapan, pengeluar automotif dari Amerika Syarikat (AS) itu seperti tidak aktif memasarkan model tersebut. Ini menyebabkan jualan Camaro merosot teruk sejak kebelakangan ini.

Pada 2018, hanya 50,963 unit Camaro terjual, menurun 25 peratus berbanding 2017. Lebih parah, trend penurunan itu sama seperti 2014, iaitu hanya 86,297 unit terjual. Ini bermaksud Camaro generasi ke-6 tidak mencatatkan angka jualan lebih baik berbanding generasi ke-5.

Camaro generasi ke-6 mula dijual selepas Chevrolet mendapat reviu menggalakkan tentang model konsep itu yang ditayangkan pada Pameran Auto Detroit 2016. Kemudian versi pengeluaran pun bermula sebelum model itu mula dijual pada 2019 bagi mengakhiri vakum Camaro terdahulu yang sudah lama di pasaran sejak 2002.

Disebabkan angka jualan Camaro yang sangat buruk  dan  gagal mencapai sasaran, Chevrolet mungkin terpaksa 'menidurkan' Camaro dari pasaran kerana jualan rendah.

BACA >>> Tinjauan: Inilah 10 Model Kereta Paling Tidak Reliabel di Amerika Sepanjang 2017

Chevrolet Camaro Gen-6_3
Chevrolet Camaro Gen-6_2
Chevrolet Camaro Gen-6_5

Khabarnya, program pembangunan Camaro generasi ke-7 terpaksa dibatalkan dan papan nama model ikonik itu akan disimpan hingga tiba masa dimaklumkan (yang tidak diketahui bila). Namun buat masa ini, Chevrolet akan terus mengeluarkan Camaro hingga selesai kitaran produk model generasi ke-6 ini yang akan berakhir pada 2023.

BACA >>> Camaro Edisi Khas Sempena Rai Ulang Tahun Chevrolet-Hot Wheels yang ke-50

GALERI

Related

433
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Chevrolet, Chevrolet Camaro, Chevrolet Camaro 2016, General Motors (GM), jualan, Kereta Sport, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev