• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Husqvarna Svartpilen 701 Style Special Edition Lancar di Jepun Ogos Ini

Husqvarna Svartpilen 701 Style Special Edition Lancar di Jepun Ogos Ini

July 1, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

203
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HUSQVARNA Motorcycles Japan akan memperkenalkan Svartpilen 701 Style Special Edition pada Ogos nanti. Model edisi khas itu bakal dilengkapi komponen premium seperti rim jejari, peg kaki dicanai, bar hendal dengan cermin sisi di hujung dan warna istimewa: hitam, gangsa dan perak.

Pada harga ¥1.42 juta (RM54,200), Svartpilen 701 Style Special Edition bukan saja menyerlah dari segi warna, tetapi juga prestasi cemerlang. Dijana enjin 692.7cc penyejukan cecair, jentera ini mampu menghasilkan kuasa 74hp dan tork maksimum 72Nm dengan transmisi klac manual 6-kelajuan.

BACA >>> #Spyshot: Husqvarna Svartpilen 701 Dikesan Jalani Ujian Enduran

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi boleh laras penuh WP, manakala sistem henti disokong brek Brembo dan sistem brek anti-kunci (ABS) Bosch. Ia turut didatangkan dengan teknologi LED pada lampu depan dan belakang, klac anti-gelincir (Assist & Slipper), dan ciri ride-by-wire.

Kemasan premium boleh dilihat pada penutup minyak aluminium atas tangki bersaiz 12 liter, termasuk profil unik yang membezakan model ini dengan pesaing  lain.

BACA >>> Husqvarna Lancar 3 Streetbike Baharu - Vitpilen 401, Svartpilen 401 dan Vitpilen 701

GALERI

SUMBER: BikeBros

Related

203
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Husqvarna, Husqvarna 701, Husqvarna Motorcycles Japan, Husqvarna Svartpilen 701, Husqvarna Svartpilen 701 Style Special Edition, roda2, sportbike, streetbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my