• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #Spyshot: Husqvarna Svartpilen 701 Dikesan Jalani Ujian Enduran

#Spyshot: Husqvarna Svartpilen 701 Dikesan Jalani Ujian Enduran

April 17, 2018 By Admin PanduLaju 2 Comments

28
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FOTO intip atau spyshot Husqvarna Svartpilen 701 sempat dirakamkan lensa jurugambar portal motosikal MCN yang memberikan petanda model itu bakal di pasaran tidak lama lagi. Model itu dilihat sedang menjalani ujian enduran akhir dan Husqvarna dijangka tidak menunggu lama untuk mendedahkan model tersebut kepada umum.

Ini kerana model Svartpilen (Black Arrow), Vitpilen 401 (White Arrow) dan Vitpilen 701 dijangka memasuki pasaran Britain dalam masa terdekat. Ini bermakna Husqvarna tidak akan menyimpan lama Svartpilen 701 untuk turut sama diperkenalkan kepada umum.

Tidak seperti model 401, Husqvarna memilih laluan berbeza untuk Svartpilen 701 yang didatangkan dengan penampilan jentera flat tracker atau street tracker dengan pelana berlekuk, rim 18-inci (anggaran), bar hendal rendah dan rekaan panel sisi ilham papan nombor. Rekabentuk ini  berbeza dengan model enduro urban, Svartpilen 401 dengan rim 17-inci, tayar dadu dan bar hendal tinggi.

BACA >>> #TahukahAnda: Street Tracker, Dari Trek Kotor ke Jalan Raya

Svartpilen 701 dijangka didedahkan pada November ini dan dijual pada musim bunga tahun depan. Harga tidak dapat dipastikan, tetapi diramalkan tidak jauh berbeza dengan tanda harga Vitpilen 701, iaitu sekitar  £8,899 (RM49,577).

GALERI

SUMBER: MCN

Artikel Berkaitan

28
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: flat tracker, Husqvarna, Husqvarna Svartpilen 701, street tracker, Svartpilen 701, Vitpilen 701

Comments

  1. Wak says

    April 18, 2018 at 10:04 AM

    Sorry, design unique sangat atau tak cun.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my