• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penunggang Motosikal Pasang Lampu Siang Boleh Kena Saman di Vietnam

Penunggang Motosikal Pasang Lampu Siang Boleh Kena Saman di Vietnam

June 28, 2019 By Aryon 2 Comments

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DI MALAYSIA, menyalakan lampu pada waktu siang ialah peraturan yang wajib dipatuhi penunggang motosikal sebagai langkah keselamatan supaya mudah dilihat kenderaan lain atas jalan.

Malah, penunggang yang tidak menyalakan lampu motosikal boleh dikenakan kompaun. Ini membuatkan pengeluar mematikan fungsi suis menutup lampu pada motosikal supaya lampu akan sentiasa terpasang. Bagaimanapun, beberapa tahun kebelakangan ini penguatkuasaan peraturan tersebut tidak lagi begitu ketat.

BACA >>> Honda Brio Lancar di Vietnam Sebagai Model Import, Mampukah Saingi Vinfast Fadil?

Tetapi berbeza pula di Vietnam,  penunggang motosikal dilarang menyalakan lampu di kawasan bandar dan boleh dikenakan kompaun 60,000-800,000 dong (RM10-RM142) jika ditangkap.

polis-vietnam-1
polis-vietnam-2

Peliknya, penunggang Vietnam dikatakan mempunyai tabiat gemar menyalakan lampu pada waktu petang. Memang berbeza pula dengan sesetengah penunggang Malaysia yang kerap dilihat tidak peduli mahu memasang lampu tidak kira siang atau malam. Lampu rosak katanya.

 

Menurut undang-undang Vietnam, menyalakan lampu pada waktu siang dikhuatiri mengganggu pengguna kenderaan dari arah bertentangan, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan. Larangan tersebut bagaimanapun tertakluk di kawasan bandar dan berkepadatan tinggi.

Pada masa sama, penunggang Vietnam tetap perlu menyalakan lampu pada waktu malam atau ketika keadaan sekeliling gelap (seperti waktu pagi), berkabus atau cuaca buruk (hujan, ribu dan seumpamanya), atau sebarang situasi yang menyebabkan pandangan terhad. Jika tidak dipasang, pun dikenakan kompaun.

Menggunakan lampu suluh tinggi, yang biasanya dilakukan ketika memotong juga satu kesalahan dan boleh dikompaun.

Bagi lebih spesifik, penunggang hanya boleh menyalakan lampu pada jam 7 malam hingga 5 pagi (waktu Vietnam) keesokan hari, atau situasi cuaca tertentu seperti disebut di atas. Jika tidak, bersedialah mendapat 'surat cinta' daripada polis trafik.

BACA >>> CB1000R Plus Limited Edition (2019) Tiba di Vietnam, 20 Unit Sahaja Dijual

Rasanya ada kewajaran peratura tersebut dikuatkuasakan di Vietnam. Tengoklah gambar di bawah ini dan bayangkan kalau semua penunggang diwajibkan pasang lampu sepanjang hari. Mahu berpinau juga mata dibuatnya.

motosikal-di-vietnam-1
motosikal-di-vietnam-2
motosikal-di-vietnam-3
motosikal-di-vietnam-4
motosikal-di-vietnam-5

Related

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Peraturan Jalan Raya, Polis Vietnam, Tidak Boleh Pasang Lampu, Undang-Undang Jalan Raya, Vietnam

Comments

  1. Kent says

    January 15, 2023 at 2:02 PM

    Saya berminat nak tahu juga kenapa motosikal malaysia diwajib pasang lampu pada siang hari? jika demi keselamatan... kenapa Vietnam tak ikuti langkah Malaysia?

    Tentu ada sebab kenapa Malaysia mengwajibkan perlaksanaan pasang lampu motosikal pada waktu siang..
    Lebih-lebih lagi, jika demi keselamatan penunggang motosikal, kenapa negara -nagara yang lain tidak ikut langkah Malaysia?

    Reply
    • Azhan O says

      February 3, 2023 at 7:46 PM

      Undang-undang tak sama setiap negara. Vietnam wajib pasang tapi pengeluar tak diwajibkan buat lampu siap menyala

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev