• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hong Leong Bank Tawar Pembiayaan Mudah untuk Kedai Motor PKS Bernilai RM5j

Hong Leong Bank Tawar Pembiayaan Mudah untuk Kedai Motor PKS Bernilai RM5j

June 25, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

278
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONG Leong Bank Berhad (HLB) dan Persatuan Pengedar Skuter dan Motosikal Malaysia (MMSDA) menandatangani perjanjian komprehensif untuk penyelesaian perbankan bagi meningkatkan pertumbuhan industri motosikal dan skuter serta keseluruhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

Kerjasama itu akan memberi kelebihan kepada 16 pertubuhan negeri di bawah MMSDA dan lebih 6,000 ahli yang akan menikmati faedah produk kewangan holistik dan penyelesaian yang dikhususkan untuk keperluan perniagaan dan perbankan individu, termasuk program kewangan mengikut keperluan.

Hong Leong Mou_2
Hong Leong Bank Mou_1
Hong Leong Bank Mou_2

Program Pengedar Motosikal (MDP) menawarkan modal kewangan bersih hingga RM5 juta, terdiri daripada:

  • Pakej Pinjaman Auto
  • Pengurusan Wang Tunai
  • Pembayaran dan Perkhidmatan Dagangan
  • Perkhidmatan Pertukaran Wang Asing
  • Penyelesaian Perniagaan Digital

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Domenic Fuda berkata, secara realiti, sebanyak 98.5 peratus pertumbuhan perniagaan di Malaysia disumbangkan PKS. HLB percaya produk kewangan dan perkhidmatan perlu dibangunkan dalam keperluan segmen pelanggan spesifik.

BACA >>> Pelaksanaan SST: Hampir Semua Motosikal BMW Naik Harga

honda bigwing setapak
honda bigwing setapak
honda bigwing setapak

Modal sentiasa menjadi kebimbangan buat pengusaha kecil dan sebagai pihak bank, HLB memahami kebimbangan tersebut dan bakal menyediakan penyelesaian menerusi produk perbankan PKS seperti SMElite, solusi perbankan digital, kemudahan dagangan dan pembayaran produk.

Pertumbuhan pesat e-dagang, e-hailing dan servis penghantaran meningkatkan permintaan motosikal sebagai kenderaan utama bagi mobiliti individu dan komersial. Menurut MMSDA, pertumbuhan pasaran dinamik semakin positif sejak 2016. Pasaran motor dan skuter dijangka terus berkembang dalam lima tahun dan diramalkan meningkat 25 peratus sepanjang tempoh itu.

BACA >>> Teringin Tunggang Motor Besar? Fikir Dahulu Tentang 5 Kesilapan Tipikal Ini

Related

278
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Hong Leong Bank, motosikal, Persatuan Penjual Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA), pinjaman kenderaan, Program Wakil Jualan Motosikal (MDP)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev