MENURUT laporan NaikMotor, sebanyak 4,700 unit motosikal Honda terjual sepanjang Jakarta Fair Kemayoran (JFK) 2019 setakat ini. Jualan sempena karnival yang berlangsung bermula 22 Mei hingga 30 Jun itu dijangka meningkat dengan kehadiran model skuter Honda baharu, Genio.
Daripada keseluruhan jualan, PCX Premium ialah penyumbang terbesar dengan rekod 1,800 unit, dan disusuli Scoopy (1,100 unit). Menurut wakil jualan Honda Jakarta Tangerang, PT Wahana Makmur Sejati (WMS), angka jualan itudapat dicapai berdasarkan hasil dan kualiti produk serta layanan terbaik, termasuk sokongan selepas jualan ditawarkan Honda.
BACA >>> Honda Riding Assist-e Mampu Elak Penunggang Jatuh Motor, Boleh Seimbang Sendiri
Pasaran Indonesia yang besar membolehkan pengguna di negara jiran itu menikmati pelbagai tawaran produk menarik. Sebagai perbandingan, rekod jualan motosikal di Indonesia dalam sebulan adalah menyamai rekod jualan setahun di Malaysia. Jadi, tidak hairanlah kenapa pengedar dan pengeluar di sana lebih ligat memperkenalkan model-model baharu dan terkini berbanding Malaysia.
BACA >>> Skuter Comel Honda Genio Lancar di Indonesia, Harga Bermula RM5K Sahaja
Contohnya, wakil pengedar rasmi Honda di Indonesia, PT Astra Honda Motor (AHM) menawarkan 12 model skuter, sebaliknya Malaysia menerusi Boon Siew Honda (BSH) tidak sampai separuh daripada jumlah produk tersebut. Bagaimanapun, pasaran motosikal Malaysia begitu popular dengan segmen kapcai dengan tawaran enam produk berbanding empat di Indonesia.
Inilah apa perlu diterima pengguna Malaysia yang mana pengeluar perlu bermain dengan jumlah pengeluaran jika mahu membawa masuk sesebuah produk baharu. Ini kerana pasaran kita tidak begitu besar, apatah lagi pengguna Malaysia yang lebih cenderung memandang satu jenama sahaja. You know what i mean...
Tepuk dada, tanya selera. Anda sebagai pembeli dan pengguna yang boleh mencorakkan trend pasaran dua roda Malaysia!
BACA >>> Perang Segmen Sportbike 150cc di Indonesia, Honda CB150R Streetfire Paling Laris!
Leave a Reply