Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»Proton Wira Jelmaan EVO III
Bikin Auto

Proton Wira Jelmaan EVO III

Abang GYLBy Abang GYL05/04/20162 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Proton Wira Jelmaan EVO IIIJENAMA Proton dan Mitsubishi bukan lagi asing bagi penggemar kenderaan kerana sering menjadi tema mekap selain alat ganti yang mudah dicari. Lebih hebat, kenderaan yang dimekap tampak sama  seperti jentera asal Mitsubishi.

Selagi tidak buka ‘surat beranak’ (geran), selagi itu anda tidak akan tahu jantina asalnya. Begitulah buat salah seorang penggemar kereta Proton Wira menjadikan ia sama seperti Mitsubishi Evo III. Itulah Proton Wira Jelmaan Evo.

Proton Wira Jelmaan EVO IIIEmpunya jentera yang mahu dikenali Ujang mengubah suai keseluruhan tubuh badan asal kepada model Evo III. Lebih menarik, ia menggunakan lampu kristal Kansai (telur) pada bahagian depan dan belakang. Keempat- empat pintu juga digantikan kepada model Evo III, lengkap dengan cermin koko. Cuma bahagian bumbung panoramic menggunakan daripada salah satu model Mazda.

Proton Wira Jelmaan EVO IIIPRESTASI:

Bahagian paling utama yakni ruangan enjin ditukarkan kepada nadi 4G63T GSR RS bersesaran 1.8L. Kepala silinder asal enjin ini telah menerima proses ‘port & polish’ bagi mendapatkan lebih kelancaran prestasi.

Piston asal GSR tidak lagi digunakan lalu diganti dengan  saiz 82mm supercharger bagi kuasa tujahan yang lebih mantap selain digandingkan bersama conrod berprestasi dari jenama Eagle.

Proton Wira Jelmaan EVO III    Proton Wira Jelmaan EVO III

Pam bahan api Walbro pula mengepam petrol dari tangki utama terus ke fuel regulator Tomei dan seterusnya dihantar ke fuel rail yang dilengkapi injector bersesaran 550cc. Manakala gas karbon monoksida yang terhasil dari pembakaran enjin dihantar keluar melalui ekstraktor banana rekaan kustom.

Kuasa terhasil kemudian dihantar terus ke kotak gear Evo III yang dikacukkan dengan model Evo I dan II. Kotak gear pula dibantu oleh klac berprestasi tinggi dari OS Giken Single Plate . Tugasan pelarasan dan kawalan enjin pula dilakukan oleh ECU EM-Con dari M7. Tahap kestabilan pemanduan pula mendapat bantuan daripada set suspensi boleh laras ACE Drift di kesemua penjuru jentera.

Proton Wira Jelmaan EVO IIIDALAMAN:

Ruang dalaman tidak kurang hebatnyan apabila bahagian papan pemuka menggunakan dari model Evo 4. Turut tidak ketinggalan, set door trim dan tempat duduk diambil dari model yang sama bagi menampakkan keseragaman pada ruang dalaman

Bagi memantau perjalanan enjin, empat unit meter Defi dipasang pada bahagian papan pemuka beserta seunit meter Apexi RSM.

Proton Wira Jelmaan EVO III    Proton Wira Jelmaan EVO III

Menarik? Jika anda mahu jentera seperti ini, bolehlah kunjungi Ropi Garage di Bandar Saujana Putra.

FOTO Kenny Yeoh@eosguy

SPESIFIKASI:

Proton Wira

ENJIN 4G93T GSR RS
MODIFIKASI ENJIN Port & polish kepala silinder, turbo TD05 22g, piston 82mm supercharger, conrod Eagle, banana ekstraktor, Tial wastegate, injector 510cc, airflow Evo III, Tomei fuel regulator, fuel pump Walbro
TRANSMISI Kotak gear Evo III, klac OS Giken Single Plate
ELEKTRONIK M7 Em-Con, Wiring Evo III
SUSPENSI ACE drift adjustable suspension
RODA Enkei RS 2 piece 16 inci, tayar Toyo R1R 205/50R16
DALAMAN Papan pemuka, door trim & kerusi Evo, stereng Nardi 3 spoke, 4 Defi meter, Apexi RSM
LUARAN Bodykit EVO III, lampu kristal Kansai (depan & belakang), cermin tingkap Coco, bumbung panoramik Mazda
BENGKEL Ropi Garage, Bandar Saujana Putra

Proton Wira Jelmaan EVO III
Proton Wira Jelmaan EVO III
Proton Wira Jelmaan EVO III
Proton Wira Jelmaan EVO III
Proton Wira Jelmaan EVO III
Proton Wira Jelmaan EVO III
Proton Wira Jelmaan EVO III
Proton Wira Jelmaan EVO III
Proton Wira Jelmaan EVO III
Proton Wira Jelmaan EVO III
Proton Wira Jelmaan EVO III
Proton Wira Jelmaan EVO III
Proton Wira Jelmaan EVO III
Proton Wira Jelmaan EVO III
Proton Wira Jelmaan EVO III
Proton Wira Jelmaan EVO III
Proton Wira Jelmaan EVO III
Proton Wira Jelmaan EVO III
Proton Wira Jelmaan EVO III
Proton Wira Jelmaan EVO III
EVO III Mitsubishi Evo Modifikasi Proton Wira Ropi Garage Tuner
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

    04/03/2026
    Ducati Factory Made
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Ducati Factory Made – Program Kustom Terus dari Kilang!

    04/03/2026
    Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
    Bikin Auto

    #BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

    14/02/2026
    Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Singer, Red Bull Advanced Technologies Kerjasama Naik Taraf Porsche Klasik

    09/02/2026

    2 Comments

    1. Omar Abdul Rahim on 16/06/2019 14:30

      Di manakah saya boleh ubah suai kereta wira 1.8 saya

      Reply
      • AO on 16/06/2019 17:35

        Boleh tanya kat group yang tukar enjin Wira. Kami bukan bengkel, tak dapat tolong

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
    Auto Terkini

    KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

    By Shazwan Hisam03/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.