• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volkswagen Golf 8 Akan Debut Penghujung 2019, Perlu Selesaikan Dulu Isu Hibrid

Volkswagen Golf 8 Akan Debut Penghujung 2019, Perlu Selesaikan Dulu Isu Hibrid

June 18, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBELUM ini, pengeluaran Volkswagen Golf 8 dilaporkan ditunda hingga Februari 2020, dan terbaharu jualan model hot-hatch itu dikatakan akan bermula penghujung tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Volkswagen Group, Herbert Diess.

Menurut Diess, walaupun Volkswagen Group mampu memenuhi tarikh akhir ditetapkan, tetapi ia bukan tindakan bijak untuk dilaksanakan. Ini kerana produk yang dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa akan cenderung menemui kegagalan. Antara kesukaran yang perlu dihadapi ialah kerumitan sistem penghibridan 12V dan 48V, termasuk beberapa isu perisian Golf 8.

BACA >>> #PanduUji: Volkswagen Golf R-Line MK7.5 yang Kecil Tapi Berbisa!

Menurut laporan Automotive News Europe, Golf 8 menggunakan 100 juta baris kod perisian, berbanding hanya 10 juta baris kod untuk kereta baharu yang dijual sedekad lalu. Ia 10 kali ganda jumlah kerja yang perlu diselesaikan pasukan pembangun dan penguji perisian, apatah lagi pihak  yang menyediakan sokongan perisian.

Ketua Jualan Volkswagen Group, Juergen Stackmann berkata, pelancaran Golf 8 pada Disember akan jadi tidak produktif untuk Volkswagen kerana perayaan Krismas. Lebih tepat lagi, jualan sepanjang Disember dan Januari adalah antara bulan paling lembab dalam industri automotif.

Jadi Golf 8 dijangka ditayangkan kepada media permotoran pada Oktober nanti, bertepatan dengan permulaan pengeluaran untuk generasi ke-8.

BACA >>> #Spyshot: Dijumpai di Afrika Selatan, Adakah Ini Kelibat Volkswagen Golf Mk8?

Menurut Diess lagi, kilang Wolfsburg akan menghasilkan barisan unit pertama pada suku ketiga, dan pada November, hatchback elektrik ID.3 pula bakal memasuki pengeluaran di Zwickau atas platform MEB.

Sementara itu, platform MQB untuk Golf 8 akan mengalami beberapa perubahan, yang akan turut digunakan model di bawah Volkswagen Group daripada Audi A1 hingga Volkswagen Atlas.

MQB Evo ialah nama untuk platform yang direkabentuk semula dan ringan, iaitu 45kg lebih ringan daripada platform terdahulu dan menawarkan jarak roda lebih panjang. Bagi Golf 8, tiada pilihan varian elektrik kerana ID.3 sedang disiapkan sebagai model baharu dalam segmen kenderaan elektrik (EV) Volkswagen.

BACA >>> Tentang Volkswagen Golf: 45 Tahun daripada Mk1 hingga Mk7, dan 35 Juta Jualan

Model hibrid plug-in (PHEV) Volkswagen dengan jarak pemanduan elektrik hingga 80km adalah lebih daripada mencukupi, akan dibariskan bersama model hibrid ringan (MHEV) 48V dan 12V. Sistem 12V akan digunakan untuk model baharu 2.0 TDI dengan kod nama EA288 Evo dengan spesifikasi kuasa hingga 201hp.

Menarikkan?

SUMBER: AutoEvolution

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Golf, Golf GTI, Golf Mk1, Golf R, hathcback, Herbert Diess, Juergen Stackmann, Volkswagen, Volkswagen Golf 8, Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev