• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Marquez Tunjuk Helmet Baharu Menjelang Aksi GP Sepanyol di Catalunya

Marquez Tunjuk Helmet Baharu Menjelang Aksi GP Sepanyol di Catalunya

June 14, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


HUJUNG minggu ini akan bermula aksi perlumbaan GP Sepanyol di Catalunya. Menariknya, pelumba Honda Repsol, Marc Marquez mengambil kesempatan memperkenalkan helmet istimewanya menjelang perlumbaan tersebut.

Marquez memiliki banyak kenangan manis di litar ini dengan merekodkan lima kemenangan podium selama enam musim perlumbaan. Malah, litar itu hanya terletak 100km dari kampung halamannya di Cervera.

Helmet Shoei edisi khas itu mendapat sentuhan rekaan firma rekabentuk dari Sepanyol, Dave Designs. Bahagian atas helmet tertera grafik semut dan nombor 93 di belakang yang mewakili nombor keramat digunakan Marquez sepanjang berlumba.

BACA >>> Marc Marquez Setuju Lanjut Kontrak 2 Tahun dengan Repsol Honda Team Hingga 2020

GP de Catalunya, GP especial, esto significa: Casco especial! 😉#CatalanGP, special GP, it means: special Helmet! pic.twitter.com/UD71FSOzP2

— Marc Márquez (@marcmarquez93) June 13, 2019

BACA>>>Rossi: Sudah Cukup Bagus Kalau Dapat Saing Sebelah Marquez

Helmet ini turut ditambah elemen Litar Barcelona-Catalunya seperti grandstand utama, menara dan karakteristik piano litar. Helmet ini juga edisi keempat yang digunakan Marquez di Catalunya.

Kali pertama pada 2012 menerusi helmet 'Thunder' ketika bersaing dalam Moto2, disusuli 'Gaudi Mosaic' pada 2015 dan ‘Power Up’ yang digunakan tiga tahun kebelakangan ini di Barcelona.

Todo preparado! Empieza el GP de Catalunya! 👕🧢
Everything ready! The #CatalanGP starts!#MM93 pic.twitter.com/4f1u3kweJq

— Marc Márquez (@marcmarquez93) June 13, 2019

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: 2019 MotoGP, aksesori, helmet, Helmet Signatur Marc Marquez, Marc Marquez, topi keledar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my