• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #TahukahAnda: Kawasaki Ninja 250 Serba Baharu Kini Guna Kurang Minyak Enjin

#TahukahAnda: Kawasaki Ninja 250 Serba Baharu Kini Guna Kurang Minyak Enjin

June 13, 2019 By Admin PanduLaju 1 Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI Ninja 250 FI baharu didatangkan dengan enjin generasi terkini yang bukan hanya berbeza dari segi binaan luaran, tetapi juga dalaman. Jadi, jika mahu melakukan servis pelincir, sila periksa dulu kapasiti minyak enjin kerana ia tidak sama dengan model generasi terdahulu yang menggunakan banyak minyak.

Enjin Ninja 250 serba baharu yang kompak membolehkan sportbike ini menggunakan kuantiti minyak enjin yang sedikit ketika melakukan servis berjadual.

Bagi pengguna Ninja 250 generasi kedua (model lama), kuantiti minyak enjin yang diperlukan ialah 2 liter, dan jika penukaran dibuat bersama penapis minyak, kapasiti minyak perlu ditambah kepada 2.4 liter. Jadi, jumlah minyak enjin yang perlu dibeli ialah tiga botol 1 liter dengan lebihan minyak 600ml (tiada minyak berkapasiti tepat 2.4 liter).

BACA >>> Inilah 5 Realiti Sebenar Tentang 'Superbike 250cc' yang Nubis Perlu Tahu

Kawasaki Ninja 250 FI

Minyak enjin yang banyak diperlukan kerana saiz transmisi Ninja 250 lama adalah lebih besar, terutama bahagian gear dan klac. Inilah sebab kenapa enjin lama model itu lebih berat berbanding generasi baharu yang direka lebih kompak dan ringan.

KAPASITI MINYAK LEBIH KECIL

Kawasaki Ninja 250 FI (2019)_3
Minyak pelincir motor
Tukar minyak motor_2

Kawasaki dikatakan mengubah semua bahagian Ninja 250, daripada casis, dan komponen hingga enjin yang mana perubahan tersebut mengurangkan berat keseluruhan sebanyak 8kg.

Antara perubahan dilakukan ialah menambah baik bahagian transmisi yang mengurangkan penggunaan banyak minyak enjin, dan pada masa sama memberikan Ninja 250 serba baharu ini ekstra ledakan kuasa, dan juga lebih ringan.

BACA >>> Kawasaki Ninja 250 dengan Enjin 4-Silinder Sedang Dibikin, Prototaip Kini di Indonesia

Berbalik kepada Ninja 250 FI (serba baharu), model ini hanya memerlukan kuantiti minyak enjin 1.7 liter jika ditukar bersama penapis minyak (cuma dua botol 1 liter), manakala penukaran berjadual cuma memerlukan 1.3 liter. Gred minyak enjin yang disarankan ialah SAE10-40W, berbanding Honda CBR250RR yang menggunakan gred SAE 10-30W.

Jadi, memang tidak hairanlah enjin model Kawasaki serba baharu ini lebih efisien dan menjimatkan.

SUMBER: IwanBanaran

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kawasaki Ninja 250 (2019), Kawasaki Ninja 250 FI, Minyak Enjin Kawasaki Ninja 250, Minyak Pelincir, roda2, sportbike, sportbike 250cc, tahukah anda, TahukahAnda, tip motosikal

Comments

  1. Syabil says

    January 5, 2023 at 9:27 AM

    Bermaksud jika saya nak tukar minyak hitam ninja saya tanpa tukar oil filter hanya 1.3 - 1.4 litre sahaja ?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev