WOW! Inilah kereta model hatchback mewah, Mercedes-Benz A250 AMG Line yang kami dapat untuk sesi video pandu uji kali ini. Bagi pasaran Malaysia, model premium ini ditawarkan dalam dua varian:
- A 200 Progressive Line - RM227,888
- A 250 AMG Line - RM263,888
* Harga adalah atas jalan termasuk SST, tanpa insurans.
Setanding harga mahal dan tanda nama divisyen kejuruteraan yang disegani, Mercedes-Benz A250 AMG Line ialah versi A250 paling berprestasi tinggi. Jadi, apa agaknya yang menarik pasal Mercedes kompak ini?
1. RUANG KABIN CANTIK!
Ruang dalaman kabin A250 AMG Line sangat cantik dengan perincian sulaman benang merah dan logo AMG. Apa yang Dee rasa paling menarik ialah pemandu dapat tukarkan lampu ambien kabin dengan 64 mod warna. Warna hitam memberikan fill sporty dan elegan.
2. ADA 4 MOD PEMANDUAN
Ada 4 mod pemanduan ditawarkan A250 AMG Line: Eco, Comfort, Sport dan Individual. Jika hendak tahu apa komen Dee pasal mod pemanduan model ini, tengoklah video di bawah.
3. PANEL SKRIN 10.25 INCI
Ruang kabin A250 AMG Line mirip model E-Class dengan papan pemuka didominasi skrin paparan besar, bersaiz 10.25 inci. Ia menawarkan sistem multimedia pintar dan intuitif, dinamakan Mercedes-Benz User Experience (MBUX). Menariknya, pemandu boleh mengubah paparan grafik mengikut cita rasa peribadi.
4. CIRI KESELAMATAN
A250 AMG Line menawarkan pakej keselamatan lengkap, terdiri daripada:
- Beg udara lutut
- Sistem kerusi depan PRE-SAFE®
- Penghidup tanpa kunci @ Keyless Go
- Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)
- Sistem amaran anti-kunci,
- Kerusi depan dengan beg udara aktif
- Bantuan Brek Aktif (ABA)
- Bantuan Parkir Aktif (APA)
- Kamera Undur
- Kawalan Suluh Tinggi Automatik (AHBC)
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan pengehad halaju Speedtronic
5. ENJIN ADA POWER!
A250 AMG Line dijana enjin M260 2.0L turbo berkuasa 224hp @ 5,500rpm dan tork 350Nm @ 1800-4000rpm. Hantara nkuasa disalurkan menerusi transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan. Jadi tidak hairanlah jika jentera ini boleh memecut 0-100kmj sepantas 6.2 saat dengan purata penggunaan bahan api 6.2 liter per 100km.
Nak tahu lebih lanjut tentang fiil memandu A250 AMG Line? Jom tonton video di bawah! 😘🙏🏼
Leave a Reply