BUKAN lagi rahsia mengenai model SUV kedua, Proton X50 yang dikatakan bakal masuk ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Tambahan tular di laman Facebook baru-baru ini yang katanya Proton X50 akan diperkenalkan tahun ini. Bukan saja sudah tahu bila akan dilancarkan, malah harga jualan Proton X50 juga didedahkan. Hebat-hebat netizen sekarang 🙂
Sebenarnya sudah agak lama kami menyimpan rahsia mengenai Proton X50. Dan kami rasa sudah tiba masa untuk memberikan sedikit maklumat yang kami tahu setakat ini mengenai Proton X50. Berikut ialah sedikit maklumat yang kami boleh kongsikan kepada semua.
1.) Ya, Proton X50 sah bakal masuk Malaysia. Tetapi bukan tahun ini. Menurut sumber kami boleh dipercayai, model SUV kedua Proton ini akan dilancarkan tahun hadapan.
2.) Begitu juga dengan nama yang sudah disahkan iaitu Proton X50 susulan tersiar foto sijil tanda dagang @ trademark, X50 dengan kepala surat Perbadanan Harta Intelek Malaysia (lihat gambar bawah) yang dikongsikan portal permotoran, Carlist.my.
3.) Malah, Ketua Kejuruteraan Proton, Yang Jun turut mengesahkan Proton bakal memperkenalkan model baharu yang akan dijana enjin 1.5L pengecas turbo, yakni X50. Dan enjin ini juga bakal digunapakai bagi varian terbaharu Proton X70 versi pemasangan tempatan (CKD) yang jangka akan diperkenalkan hujung tahun ini.
4.) Dari segi harga, ia masih belum didedahkan. Jika ikut pada segmen, Proton X50 bakal bersaing dengan Honda HR-V, Mazda CX-3, Subaru XV, Peugeot 2008 dan Toyota C-HR. Jika Proton X70 dijual pada harga serendah RM99,800, jadi tahu-tahu sajalah berapa anggaran bagi X50.
5.) Kami juga dimaklumkan Proton X50 sudah tiba di Malaysia dan ia sedang menjalani ujian daripada pihak Proton. Pihak pengurusan tertinggi DRB-HICOM juga dikhabarkan sudah melihat dan menyentuh SUV kompak itu.
6.) Berdasarkan spesifikasi Geely Binyue, Proton X50 akan dibina atas platform modular BMA, yang dibangunkan bersama subsidiari Volvo dengan menawarkan lebih fleksibiliti untuk disesuaikan dengan pelbagai variasi enjin.
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Kemas Kini Perisian Unit Infotainment Proton X70?
Persoalannya, berapakah harga ditawarkan akan adakah berada dalam julat harga bermula RM70,000 hingga RM80,000. Apa yang pasti SUV ini akan lebih murah daripada X70 yang berharga bermula RM99,800. Jadi ramalan kami, harga Proton X50 mungkin dalam julat RM75,000. Mungkin !!!
Rasanya setakat ini saja kami dedahkan serba sedikit mengenai Proton X50. Belanja sikit dulu. Bak kata CEO Proton, kita belanja sarapan dulu. Yang lain-lain tunggu makan tengah hari dan malam. Apa yang pasti, Proton X50 sah masuk Malaysia.
BACA >>> Harga, Spesifikasi Menarik Geely Binyue Jadi Penanda Aras Baharu SUV di Malaysia?
BACA >>> 9 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Proton Exora (2019) Facelift, Harga Mula RM59,800!
KREDIT FOTO: The Ajerul
Babet says
Betul ke X50 ada variant hybrid & sgt jimat minyak?
ProtonSales&Marketing says
tidak, turbo charged engine only, variant eco tidak diperkenalkan di market malaysia
5ruz69 says
X70 CKD yg harga 99K tu,full spec atau initial price...
Max291 says
Boleh tahu tak samada versi PHEV akan masuk atau tak? Saya menyimpan banyak dah ni.
[email protected] says
may be for my next car
Bobby Han says
Great Proton is catching up
W kasim says
Jelas sekarang Proton digunakan untuk memasarkan kereta Geely Cina ke Malaysia, bukan untuk memasarkan kereta Proton Malaysia ke Cina.
Zamrin says
Seharusnya rakyat Malaysia menyokong produk yang berkemampuan untuk bersaing dengan Jenama lain yang setara dengannya dan menawarkan harga yang lebih murah.
Rizal says
Kereta apa Yg Proton design muktahir ni, Preve, Exora semuanya teknologi enjin dari mid 2000. Iriz dan Persona guna enjin Honda. Bagaimana nak bersaing jual kereta di China Yg dibarisi oleh Merz, Bmw, VW, Audi dan sebagainya dengan teknologi enjin terkini. Demand pun ke arah enjin hibrid atau full electric untuk pengurangan pencemaran. Tanpa kehadiran Geely mungkin Proton jadi seperti telefon Nokia yang tidak mahu berubah.
Min Ha Ra says
Nokia pun da mula berubah selepas tukar CEO. Cuma agak ketinggalan sedikit berbanding brand lain sebab lambat ikut trend. Harap Proton terus memperbaiki dan upgrade pada masa akan datang.
Vera Chew says
Any other colors other then Red!
Prof Idrus Masirin says
Proton adalah jenama. Teknologi adalah motivasi jenama. Kita bina jenama melalui teknologi dan kita bina kepakaran melalui teknologi. Apabila kita dh tahu ttg teknologi auto, kita bina teknologi melalui inovasi dan kepakaran yg ada. Pasti Proton akan jd hebat...
Arash says
Saya tunggu 7 seater. Lambat lagi ke?
Yusry says
X50 kluar ogos 2020, 7seater jiaji mungkin lebih lambat
Zainuddin Ramly says
Aku terbayang wajah Najib Razak yang korang ejek 'perompak dan gadai negara pada china' dulu bila projek menyelamatkan Proton dgn Geely.
Proton dah nak mampos dah 2016 dulu, hutang vendors takboleh bayar, pm luluskan softloan 1.x billion, kawan2 aku keja dalam Proton masih rancak maki Najib time tu.
Tapi rupanya 'perompak' itulah yang berjasa kepada Proton, hingga blogger dan pencinta automotif tempatan boleh jana semula pendapatan rasa bangga dengan wajah2 model Proton kini berbanding wajah merepek merapu dan hodoh dulu. nilah hasilnya. Terima kasih DSN. Jasamu terbaik. Allah Selamatkan kamu.
syarifuddin says
kalau x50 boleh dapat bawah 80k utk yg enjin 1.5 T... hold dulu sekejap nak angkat vios 2019 ni... huhu
Zuraidah says
Apa pilihan warna proton x50?