• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: Bolehkah Terus Cuci Motor Ketika Enjin Masih Panas?

#TahukahAnda: Bolehkah Terus Cuci Motor Ketika Enjin Masih Panas?

June 3, 2019 By Admin PanduLaju 6 Comments

5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMUA pemilik mahu tengok motosikal mereka sentiasa bersih. Caranya, motosikal hendaklah kerap dicuci, terutama selepas hujan. Tetapi dek kekangan waktu, jarang pemilik berikan perhatian khusus dalam pemilihan masa yang sesuai untuk mencuci motosikal mereka.

Selalunya, selepas melakukan perjalanan jauh, pemilik terus saja singgah ke kedai cuci. Tahukah anda, motosikal anda akan terus dicuci sedangkan enjin masih dalam keadaan panas, dan ini tidak elok untuk ketahanan komponen enjin. Anda sepatutnya menghentikan amalan ini kerana berisiko menjejaskan motosikal.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Motosikal EFI Tetiba Mogok, dan Bagaimanakah Mengatasinya?

Logiknya, bahagian logam komponen motor yang masih panas apabila terkena air sejuk ketika dicuci akan mengalami dua situasi saling bertentangan. Pertama, apabila besi panas terkena air sejuk, suhu akan berubah mendadak dan jika dilakukan berterusan dalam jangka masa panjang boleh memberikan kesan negatif.

Antara risikonya ialah blok motosikal boleh retak dan kesan lain yang mungkin berlaku ialah leher paip ekzos dengan lapisan krom boleh berubah warna menjadi kekuningan. Jadi anda disarankan biarkan dulu motosikal berehat dalam 5-10 minit sebelum dicuci.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Risiko Jika Sengaja Lambatkan Tukar Minyak Enjin Motor?

Masa yang tidak lama ini sudah cukup membuatkan keadaan enjin dan komponen berehat sekejap sebelum dicurahkan air. Ini secara langsung dapat menghindari risiko kerosakan dan pada masa sama menjaga komponen motosikal supaya tahan lebih lama.

SUMBER: Suzuki.co.id

Related

5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, autotainment, Cuci Enjin, Cuci Motor, cuci motosikal, TahukahAnda, tip motosikal

Comments

  1. Mat says

    November 26, 2019 at 9:18 PM

    Dah tu masa tengah ride then hujan lebat plak apa citer, masa tu pun enjin tengah panas giler.

    Reply
    • R says

      January 3, 2020 at 5:30 PM

      Sape suh ride time hujan. Benti la bteduh...

      Reply
  2. Wanblack says

    November 27, 2019 at 7:12 PM

    Saya menunggang motosikal dari selangor ke malaka tampa henti bila sampai di melaka saya terus off enjin motor,patut kah saya berbuat demikian?

    Reply
    • R says

      January 3, 2020 at 5:30 PM

      Tidak patut.

      Reply
    • Rodzi says

      January 25, 2020 at 11:08 AM

      Bagi la enjin tu idle barang seminit berhenti mengah

      Reply
  3. Ka says

    June 18, 2020 at 4:03 PM

    Kalau selepas membasuh motor tersebut kite jemur di tengah panas, boleh rosak tak motor kita

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my