• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Abang Botak Dijatuhi Hukuman Penjara 1 Tahun

Abang Botak Dijatuhi Hukuman Penjara 1 Tahun

May 31, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BERIKUTAN tular di media sosial mengenai insiden memecahkan cermin kereta, seorang pekerja stor dijatuhi hukuman penjara setahun dari tarikah ditangkap iaitu semalam.

Tertuduh, Danial Abdullah Tan, 31, atau lebih dikenali ‘Abang Botak’ di kalangan netizen mengaku bersalah menghentak cermin sebuah kereta di hadapan Majistret Nurshahira Abdul Salim, Petaling Jaya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan khianat dengan mengetuk cermin hadapan kereta mangsa menggunakan topi keledar sehingga rosak di Jalan Kasturi Seksyen 12 Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, pukul 5.30 petang pada 28 Mei lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau keduanya.

Tertuduh yang diwakili peguam Nur Rafiuddin Mas Wari merayu agar hukuman ringan diberikan memandangkan dia merupakan penanggung nafkah isteri dan dua anaknya yang berusia tiga tahun dan setahun.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin kemudian meminta mahkamah memberikan hukuman berat kerana menyusahkan mangsa yang terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM600.

Ketika ditanya Majistret apakah punca dia bertindak sedemikian, Danial berkata, dia berasa marah selepas pengadu cuba menghimpit dan melanggarnya dua kali dan meminta pemandu kereta itu berhenti sebelum mendakwa mangsa menunjukkan isyarat jari kepadanya.

"Sebab itu saya buat keputusan bodoh itu. Saya minta maaf,“ katanya sebak.

BACA >>> JPJ Akan Kompaun RM300 Sebab Lambat Perbaharui Lesen Memandu?

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?

Sumber: Kosmo

Related

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: abang botak, pecah cermin kereta, viral abang botak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my