• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lexus RX (2019) - SUV Mewah 7-Kerusi Sedia Cabar Pesaing Eropah

Lexus RX (2019) - SUV Mewah 7-Kerusi Sedia Cabar Pesaing Eropah

June 10, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

534
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LEXUS memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) premium RX versi dipertingkat (facelift) pada 30 Mei lalu dengan menampilkan perubahan luar dan dalam untuk menyaingi pesaing SUV premium lain di pasaran.

RX hadir dengan konfigurasi 5 atau 7 kerusi kepada pelanggan yang gemarkan SUV berbanding kenderaan pelbagai guna (MPV) atau sedan mewah.

Bagi model 2019, jurutera Lexus menumpukan usaha mereka dalam melebarkan lagi keseronokan pemanduan dengan membuat beberapa perubahan ke atas suspensi, dan meningkatkan kekuatan casis untuk pemanduan lebih lincah. Aspek ini sebenarnya penting memandangkan Lexus bersaing dalam liga SUV premium Eropah seperti BMW X5 dan Audi Q7.

BACA >>> Lexus LM, Satu Lagi Alphard Versi Super Mewah Lancar di China

PRESTASI DITALA SEMULA

Absorber RX (2019) direka semula dan kini dilengkapi alat kawalan geseran yang mengurangkan gegaran frekuensi tinggi akibat permukaan jalan tidak sempurna.

Struktur badan lebih kuat dengan penggunaan palang stabil berongga yang lebih kuat dan tebal, termasuk beberapa kaedah lain seperti penggunaan kimpalan skru-laser lebih banyak, kimpalan spot dan penambahan pelekat kekuatan tinggi untuk respon terus lebih pantas daripada input stereng.

RX (2019) masih mengekalkan konsep rekabentuk terdahulu, tetapi dengan beberapa perubahan seperti garisan badan baharu yang bertemu bampar depan dan belakang. Lampu depan kini lebih tirus dengan gril spindel tajam.

Dari depan, SUV premium ini kelihatan seperti model coupé Lexus RC yang ditinggikan. Lampu belakang pula kemas dengan motif L, manakala bahagian roda menawarkan pilihan rim 18 dan 20 inci.

BACA >>> Lexus RC F Track Edition (2020) yang Paling Jahat Selepas LFA

LEBIH CANGGIH, TERKINI

RX (2019) tampil canggih dengan sistem lampu suluh tinggi adaptif (AHS) LED dengan teknologi imbasan bilah yang boleh meningkatkan lagi tahap keselamatan pada waktu malam. Teknologi pertama dunia untuk kereta ini membolehkan pemandu melihat objek sukar dipandang seperti bahu jalan dan pejalan kaki lebih awal tanpa menghalang penglihatan keseluruhan pemandu dan tanpa menyilaukan pemandu arah bertentangan.

SUV premium ini turut dilengkapi Sistem Keselamatan Lexus + seperti Bantuan Pengecaman Laluan supaya pemandu lebih mudah untuk kekal di lorongnya.

Bahagian dalaman RX (2019) menerima skrin sesentuh baharu, manakala barisan tempat duduk ketiga kini didatangkan dua kerusi untuk ruang lebih luas. Dari segi prestasi, Lexus mengekalkan trenkuasa terdahulu: 2.0L Turbo, 3.5L V6 dan 3.5L V6 hibrid.

RX (2019) akan memasuki pasaran utama seperti Australia pada suku keempat tahun ini dan mungkin juga Malaysia selepas itu. Sebagai rujukan RX350L (2018) dipasarkan pada harga RM475,000.

BACA >>> 7 Fakta Pantas: Lexus NX 300h Sport dengan Gaya Eksklusif

GALERI

Related

534
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Lexus, Lexus RX 2019, Roda4, SUV, SUV premium

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev