• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Harley-Davidson Iron 1200 Kini di Bilik Pameran Petaling Jaya

Harley-Davidson Iron 1200 Kini di Bilik Pameran Petaling Jaya

May 27, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

182
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HARLEY-Davidson Iron 1200 tiba ke pasaran tempatan dan kini boleh dilihat di bilik pameran wakil pengedar itu, Harley-Davidson of Petaling Jaya (H-DPJ). Sejak diperkenalkan pada 1957, model daripada famili Sportster itu begitu mendapat perhatian kalangan peminat dua roda.

Iron 1200 dijana enjin 1,202cc Evolution 1200 V-Twin penyejukan udara dengan tambahan 36 peratus tork (96Nm @ 3,500rpm) berbanding enjin 883 Evolution. Versi 2019 ini menghantar lebih banyak kuasa daripada situasi pegun dan julat pertengahan. Kemasan hendal Mini Ape hitam satin memberikan elemen penampilan gaya chopper garaj.

BACA >>> Harley-Davidson Lancar Dua Sportster Baharu - Forty-Eight Special dan Iron 1200

Bar hendal berdiameter 25mm ditinggikan 222mm dan dilebarkan 812mm serta ditarik ke belakang 165mm. Kemas kini itu menawarkan posisi ergonomik segi tiga lebih baik. Padanan visor lampu depan meningkatkan penampilan jalanan.

Bentuk pelana Cafe Solo memberikan sokongan secukupnya untuk punggung penunggang, terutama apabila tendangan tork berlaku.  Saiz tangki minyak 12 liter yang dihiasi grafik jalur pelbagai warna menyerlahkan identiti Sporster  dengan padanan kemasan serba hitam pada enjin.

BACA >>> Harley-Davidson Iron 883 Atau Forty-Eight - Mana 1 Pilihan Hati Anda

Harley-Davidson turut menawarkan tiga pilihan warna tangki minyak: Vivid Black (hitam), Twisted Cherry (merah) dan Billiard White (putih). Selain itu, penampilan Iron 1200 diserlahkan menerusi kemasan hitam pada kotak atas/rocker bawah, ekzos dan pelindung mufler.

BACA >>> Harley-Davidson Bucherer Blue Edition yang Mahal Tak Ingat, Harga RM7.1 Juta!

Tiub pushroad dan penutup tapet dikromkan, manakala rim jejari 19-inci (depan) dan 16-inci (belakang) serta sproket belakang dan gad rantai berwarna hitam solid. Iron 1200 turut ditawarkan dengan opsyen tambahan, iaitu Sistem Keselamatan Pintar Harley-Davidson dan Sistem Brek Anti Kunci (ABS).

GALERI

Related

182
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Harley Davidson Gasket Alley, Harley-Davidson, Harley-Davidson Iron 1200, Harley-Davidson Malaysia, Harley-Davidson of Petaling Jaya, Harley-Davidson Sportster, roda2, Sportster

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev