• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Foto Rasmi Opel Corsa (2020) Bocor, Lebih Premium dan Dinamik

Foto Rasmi Opel Corsa (2020) Bocor, Lebih Premium dan Dinamik

May 23, 2019 By Azhan O Leave a Comment

180
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


IMEJ rasmi Opel/Vauxhall Corsa (2020) muncul atas talian sebelum debut rasmi pada Pameran Auto Frankfurt, September ini, disiarkan laman web L’Automobile Magazine sebelum dipadamkan tidak lama kemudian. Bagaimanapun, foto berkenaan sudah tersebar luas di media sosial.

Imej rasmi itu mendedahkan rekabentuk evolusi untuk model segmen-B Opel yang mana kereta ditunjukkan itu ialah versi elektrik dengan nama Corsa-e. Model elektrik itu berkongsi platform sama dengan Peugeot 208, atau lebih spesifik e-208.

Semua barisan Corsa dibangunkan berasaskan arkitektur Platform Modular Biasa (CMP) yang sudah digunakan pada Peugeot 208 dan DS3 Crossback. Jadi Corsa baharu ini bukan saja boleh diserasikan dengan model elektrik, tetapi juga lebih ringan hingga 108kg, sekali gus menambah bak dinamik dan kecekapan bahan api kenderaan.

BACA >>> #RetroAuto: Holden - Sejarah Kereta Nasional Australia dan Masa Depan yang Tidak Pasti

LUARAN SPORTY, KABIN MODEN

foto-opel-vauxhall-corsa-2020-5
foto-opel-vauxhall-corsa-2020-3

Berdasarkan foto tersebut, Corsa baharu lebih lebar dan rendah berbanding model sedia ada yang memberikan lebih penampilan dinamik. Rekabentuk depan memaparkan lampu utama slik yang kali pertama menggunakan teknologi LED Matriks IntelliLux (IMLED), dan gril baharu dengan paten berlian untuk rupa lebih agresif dan premium.

Pandangan sisi pula menyerlahkan rekabentuk sporty dengan pilar C dan bumbung dihitamkan yang memberikan gaya bumbung terapung. Rupa belakang, lampu belakang nampak mirip Insignia, dan grafik seperti lampu utama.

Perubahan paling drastik dapar dilihat pada ruang kabin yang kali ini menampilkan rekabentuk papan pemuka moden, terdiri daripada kluster instrumen digital dan skrin sentuh besar di tengah. Mungkin ada perubahan lain sama ada standard atau opsyen memandangkan model ditunjukkan itu ialah Corsa-e, iaitu varian elektrik.

BACA >>> Dulu di Amerika, Sekarang ke Perancis, Opel Kini Sah Milik PSA Group

Sistem infotainment menggunakan perisian GM yang dibangunkan PSA dengan antaramuka MyLink. Komponen PSA lain yang digunakan ialah ciri shift-by-wire untuk transmisi automatik, juga sudah digunakan pelbagai model Peugeot, Citroen dan DS.

LEBIH LUAS, DINAMIK

logo-opel
logo-vauxhall

Menurut pengguna forum yang mendedahkan foto tersebut, dimensi Corsa ialah 40mm lebih panjang, dan 18mm lebih lebar daripada model sedia ada. Jadi, ia sepatutnya lebih luas dan lapang. Ruang but menawarkan muatan hingga 309 liter, iaitu 25 liter lebih besar berbanding Corsa lama.

BACA >>> 10 Kereta Paling Laris di UK Setakat April 2018 - Ford Fiesta Selesa di Atas

Tidak banyak maklumat tentang Corsa-e yang dikhabarkan akan memuatkan motor elektrik 100kW (134hp), dan bateri 50kWh seperti Peugeot e-208. Jangkaan rating WLTP ialah 340km untuk sekali cas perjalanan, sama seperti seperti 208-e. Bagi model petrol, Corsa dijana enjin 3-silinder 1.2L PureTech pengecas turbo atau 1.5L diesel turbo berkusaa 99hp.

Related

180
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Foto Bocor, hatchback subkompak, Opel Corsa (2020), Roda4, Vauxhall Corsa (2020)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev