HONDA CBR150R milik Yusa Firdaus ini disiapkan untuk bersaing dalam Pertandingan Modifikasi Honda (HMC) 2019 di Indonesia. Menyertai kategori Sport Fairing, Yusa melakukan transformasi jenteranya menjadi abang lebih besar, iaitu CBR250RR.
Disebabkan penampilan standard dirasakan kurang agresif, Yusa memilih fork terbalik (USD) CBR250RR untuk dipasangkan pada suspensi depan CBR150R. Proses pemasangan tidak terlalu rumit kerana hanya perlu melaraskan bahagian segitiga ke bering dengan mengurangkan diameter sebanyak 2mm supaya sama seperti CBR250RR.
BACA >>> Honda CBR 150R (2019) Kini dengan Suspensi Depan Boleh Laras! - Indonesia Sahaja
Pada bahagian apit tiga (triple clamp) juga bukan masalah kerana sudah sesuai dipasangkan pada CBR150R. Perubahan itu menjadikan bahagian depan tampak gagah dengan aura sporty. Supaya bahagian depan nampak seimbang, Yusa memilih menggunakan swingarm CBR250RR.
BACA >>> Honda CBR250RR Versi HRC Dipamer di GP Jepun, Bakal Lancar Bulan Depan
Jelasnya, pemasangan swingarm CBR250RR lebih mudah berbanding swingarm Yamaha R25. Ini kerana model Honda menggunakan sistem Prolink. Jadi hanya perlu laras supaya dapat masuk ke dalam lubang kerana tetapan kiri dan kanan masing-masing 5mm. Rim pula cuma perlu pasang semula.
BACA>>>#BikinMotor: Suzuki Raider Ini Mampu Pecut Lebih 150kmj, Kos Belanja Cecah RM18k!
Yusa mengubah penampilan CBR150RR Repsol Edition itu cat dan varnis Sikken. Motif berus angin (airbrush) dibuat ringkas, tetapi masih kekal dengan lagak jentera lumba menerusi dominasi warna jingga dan putih. Tidak ketinggalan, ekzos dikustom supaya nampak mengancam selain brek PSM.
SUMBER: NaikMotor
MOHD FATKYE B. SALAMAT says
Bila agaknya CBR 250RR nak masuk pasaran Malaysia ....