MENYAMBUT baik penguatkuasaan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak menjelang 2020, Perodua melancarkan kempen Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak ISOFIX GearUp pada harga promosi RM660 untuk kerusi bayi dan RM780 (kanak-kanak).
BACA >>> 6 Tip Pilih Kerusi Bayi yang Baik untuk Kereta Anda?
Kempen yang berjalan bermula 13 Mei hingga 30 Jun ini itu menawarkan penjimatan hingga RM125 untuk kerusi bayi dan RM195 (kerusi kanak-kanak). Naib Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd, Datuk Ahmad Suhaimi Hashim berkata, kesedaran dan pematuhan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak masih lagi kurang dalam kalangan pengguna Malaysia.
"Sebagai pengeluar kenderaan Malaysia, menjadi tanggungjawab kami untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada pelanggan dan masyarakat mengenai keselamatan jalan raya. Kami sedar pendidikan ialah satu proses jangka panjang, tetapi kami akan terus komited terhadap usaha tersebut," jelasnya.
BACA >>> Kerusi Kanak-Kanak Volvo-Britax Romer Generasi Baharu, Selesa, Mudah dan Selamat
Selain itu, Perodua juga menganjurkan kempen servis selepas jualan dengan menawarkan diskaun caj buruh 50 peratus apabila berbelanja RM170 ke atas dalam satu resit. Tawaran itu boleh didapati di semua pusat servis sah Perodua seluruh negara pada 14hb, 16hb, 21hb dan 23hb Mei.
Leave a Reply