MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bertegas mengekalkan peraturan baharu cermin gelap yang diumumkan, baru-baru ini walapun menerima pelbagai kritikan dan pandangan.
Anthony Loke dalam satu sidang media menyatakan penetapan peraturan baharu cermin gelap itu juga mengikuti piawaian antarabangsa.
“ Sebelum membat keputusan, kami sudah mengambil kira semua aspek termasuklah menepati peraturan piawaian antarabangsa.
“ Cermin sisi depan masih dihadkan kepada 50 peratus, manakala cermin depan, 70 peratus ketelusan cahaya seperti sebelum ini. Manakala tiada had ditetapkan bagi kadar ketelusan cahaya untuk cermin sisi penumpang belakang, termasuk cermin belakang untuk kenderaan persendirian.
“ Sekarang ini banyak kes kereta ‘recond’ MPV dan SUV dari Jepun tidak lepas pemeriksaan PUSPAKOM akibat cermin gelap di belakang. Jadi, ramai terpaksa membayar RM800 untuk ‘menyewa’ cermin semata-mata mahu melepasi PUSPAKOM.
“ Itu isu yang sering timbul dan kami mahu selesaikan masalah ini. Tetapi kami tidak hanya menetapkan kenderaan MPV dan SUV saja dibenarkan mengguna cermin gelap sebaliknya terbuka untuk semua jenis kenderaan persendirian,” katanya.
BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Kerajaan Caj RM5k untuk Cermin Gelap Atas Faktor Keselamatan
AMBIL KIRA SEMUA FAKTOR
Berhubung tidak mendapat persetujuan pihak Polis, Anthony Loke yakin apa yang telah ditetapkan sebelum ini sudah mengambil kira semua pihak.
Tambah Anthony, pihaknya menghormati semua pandangan termasuk pihak Polis. Tetapi dengan adanya penetapan undang-undang baharu ini, pihaknya yakin ia dapat mengurangkan kecurian dalam kereta terutamanya bagi MPV dan SUV.
Dalam pada itu, sejak dari 2011 - 2017, sebanyak 17,186 permohonan cermin gelap diluluskan. Dengan adanya peraturan baharu ini, jika semua permohonan ini perlu bayar RM5,000, kerajaan akan menjana pendapatan RM85 juta.
Bagi mereka yang telah mendapat kelulusan pada kerajaan terdahulu, ia perlu memohon semula jika sudah tamat tempoh.
BACA >>> FAQ: Peraturan Baharu Cermin Gelap 2019 [Edisi Mudah Faham]
BACA >>> Polis Tidak Setuju, Terkilan dengan Peraturan Baharu Cermin Gelap
Velpaier says
Keter recond tu asalnya dari maker, bukan tinted. Bukan semua ada, gred tertentu yg ada, namanya privacy glass.