• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Persatuan Bas Rayu Kerajaan Naikkan Harga Tambang Bas Ekspres 30 Peratus

Persatuan Bas Rayu Kerajaan Naikkan Harga Tambang Bas Ekspres 30 Peratus

May 8, 2019 By Azhan O Leave a Comment

347
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAGI berita kurang enak didengar. Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung (Pembawa) merayu Kerajaan menimbangkan cadangan supaya menaikkan 30 peratus kadar tambang bas ekspres.

Pemangku Yang Dipertua Pembawa, Tajudin Mohamad Yunus berkata, rayuan kenaikan itu dibuat selepas mengambil kira tempoh akhir harga tambang bas ekspres dinaikkan berdasarkan pengiraan kos pada 2008.

Menurutnya, kenaikan yang diminta adalah untuk menangani cabaran industri bas ekspres yang masih mengekalkan harga lama sejak 11 tahun lalu. Ini menyebabkan banyak syarikat bas ekspres berdepan masalah gulung tikar akibat peningkatan kos operasi dan penyenggaraan.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Bas Tidak Wajib Pasang Tali Pinggang Keledar?

stesen-bas
bas-ekspres-queen-express
bas-ekspres-transnasional

“Sejak 2008, kos diesel meningkat hampir 50 peratus, subsidi bahan api turut dikurangkan hingga 30 peratus.

“PEMBAWA sangat mengharapkan Kerajaan dapat menimbangkan sewajarnya demi survival pengusaha Bumiputera khususnya,” katanya dipetik BHarian pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) PEMBAWA di Kuala Lumpur, hari ini.

Tajudin berkata lagi, Pembawa juga mencadangkan kerajaan mengembalikan subsidi diesel kepada pengusaha bas ekspres selain diskaun tol bagi mengurangkan beban pengusaha.

BACA >>> Bas GoKL Tambah Laluan Baharu LRT Universiti-PPR Seri Pantai, Tambang Percuma!

Related

347
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: bas ekspres, Pengusaha Bas Ekspres, Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung (Pembawa), Tajudin Mohamad Yunus, Tambang Bas Ekspres

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev