GEELY mencatatkan pencapaian peribadi dalam ujian kecekapan bahan api menerusi pandu uji selama 12 jam berterusan dengan menggunakan model Borui GE MHEV (hibrid ringan) dari Beijing ke Shanghai tanpa mengisi semula minyak. Jarak perjalanan dapat dilalui ialah sejauh 1,200km!
Dengan rating ekonomi bahan api 4.3 liter per 100km untuk pemanduan lebuh raya, Borui GE kini menjadi sedan paling jimat dalam segmennya. Ia juga menjadi model arus perdana pertama dilengkapkan dengan teknologi pemanduan autonomi Tahap 2, kitaran pengenalan keselamatan 360º, Ekosistem Pintar Geely (GSE) GKUI dan ciri lain. Semua ciri dimiliki itu melayakkan Borui GE sebagai sedan hibrid mewah segmen-D paling menjimatkan.
BACA >>> #AutoChina2018: 8 Fakta Pantas | Geely Borui GE - Bakal Jadi Proton Perdana Baharu?
PELAN PEMBANGUNAN TENAGA BAHARU
Geely Auto mula memperkenalkan pelan pembangunan tenaga baharu bermula tahun lalu, dan model pertama ialah Borui GE dengan kombinasi pilihan, enjin 1.5T+hibrid plug-in (PHEV) 7DCT dan MHEV, menerusi kerjasama Geely dan Volvo. Hasilnya, Borui GE PHEV tampil dengan tiga mod mengecas, termasuk satu mod cas pantas sepantas 1.5 jam sahaja.
Gabungan ekonomi bahan api Borui PHEV mencatatkan rating 1.6 liter per 100km. Borui GE MHEV pula ialah hibrid rendah segmen-D pertama dihasilkan di China dengan gabungan ekonomi bahan api lebuh raya dan bandar 5.8 liter per 100km, menggunakan enjin sama 1.5T sebagai asas. Borui MHEV juga model pertama melakukan cabaran pandu uji 1,200km.
BACA >>> 15 Fakta Pantas: Tentang Geely Jia Ji yang Perlu Anda Tahu (Foto Luaran + Dalaman)
18 JAM, ENAM WILAYAH
Cabaran dibuat pada 10 April lalu, pihak media menyaksikan sendiri barisan model Borui MHEV diisikan petrol dan ditutup tangki minyak bagi membuktikan ketelusan ujian. Semua kenderaan yang dipandu uji tiba di Shanghai keesokan hari pada jam 2 pagi dan diperiksa kondisi penutup tangki minyak masing-masing. Memang tiada tanda minyak diisi semula sepanjang 1,200km jarak perjalanan ditempuhi.
Sepanjang perjalanan, enam wilayah dilalui, iaitu Beijing, Tianjin, Hebei, Shandong, Jiangsu, dan Shanghai. Perjalanan sejauh 44 bandar mengambil masa 18 jam dengan 12 jam dihabiskan untuk memandu sahaja. Purata kelajuan pula ialah 100kmj dengan purata penggunaan bahan pi 4.3 liter perlu 100km. Penggunaan paling rendah dapat dilakukan satu unit pandu uji, iaitu 3.7 liter per 100km, juga rekod baharu untuk MHEV di China.
BACA >>> Proton Sedang Bangunkan Exora Baharu Mirip Geely Jia Ji?
GALERI
SUMBER: Global.Geely
Leave a Reply