SELEPAS enam kali di petak depan, dan enam kali podium, serta beberapa kali hampir menjadi pelumba pasukan satelit pertama menjadi juara, Johann Zarco tiba-tiba memilih berhijrah ke pasukan pengilang Red Bull KTM Factory hanya untuk bergelut dengan jentera yang belum teruji.
Banyak spekulasi tentang kenapa Zarco berpindah ke KTM. Ada mendakwa dia sudah fed-up menjadi pelumba pasukan satelit Yamaha, sesetengahnya mengatakan dia terhutang budi dengan KTM dan tidak kurang pula mengatakan dia dibayar mahal hingga sukar untuk mana-mana pelumba waras menolak lamaran pasukan dari Austria itu.
Namun, apa sudah jadi dengan Zarco yang disebut-sebut sebagai bakat baru MotoGP dengan kemampuan mencabar dominasi adinda Marc Marquez?
BACA >>> KTM Tawar Lanjutkan Kontrak Oliveira hingga 2020, Hafizh Kekal Semusim Sahaja
Sebenarnya bukan Zarco saja yang bergelut dengan prestasi selepas meninggalkan Yamaha. Contoh paling mudah ialah kekanda Valentino Rossi sendiri selepas dia meninggalkan Yamaha untuk menyertai Ducati pada 2011.
Selepas gagal memenangi kejuaraan bersama Ducati, dan kembali semula kepada Yamaha pada 2013, Rossi masih tidak mampu mengulangi pencapaian sama seperti pernah dikecapinya ketika era sebelum perpindahan. Jika masih gagal menjadi juara musim ini, genaplah sedekad beliau gagal menjadi juara MotoGP.
KTM-YAMAHA JAUH BERBEZA - ROSSI
"Ada tiga pelumba yang bermasalah selepas meninggalkan Yamaha, aku, (Jorge) Lorenzo dan Zarco. Aku dan Jorge dengan Ducati, dan sekarang Zarco dengan KTM," kata Rossi apabila ditanya pendapatnya tentang pelumba Perancis itu.
"Yamaha mungkin ada beberapa kelemahan, tetapi ia jentera yang sangat mesra pelumba. Dalam kes Zarco yang selalu guna Yamaha masa MotoGP, apabila hang tukar je motor, memang rasa payah.
"Memang betul juga semuanya bergantung kepada motor mana yang hang ride. Tapi KTM tu jauh beza dengan motor kami. Mungkin ada yang bagus, tapi banyak masalah kat tempat lain.
BACA >>> Bos KTM Tech3 Tak Faham Kenapa Hafizh Gagal Konsisten, Kejap Laju, Kejap Perlahan
"Jadi bagi aku, dia (Zarco) tak ada feeling dengan motor tu. Sebabnya dia dah tunjukkan sebelum ini yang dia memang laju. Mungkin perlukan masa sebab dua motor tu jauh berbeza cara nak ride.
"Bila hang tukar motor, perubahan biasanya sangat besar. Setiap motor ada karakter berbeza, cerita berbeza dan aku tak tau cerita sebenar KTM. Jadi aku memang tak taulah nak cakap lagu mana," kata Rossi lagi mengulas tentang Zarco.
PERKARA NORMAL - DOVIZIOSO
Pencabar juara MotoGP musim ini, Andrea Dovizioso juga pernah cemerlang bersama pasukan Yamaha Tech3 pada 2012 hingga menarik minat pasukan pengilang Ducati Team melamarnya. Namun, dari enam podium bersama M1, Dovizioso langsung gagal naik podium pada musim pertama menunggang Desmosedici.
Dovizioso pula berpendapat Zarco terlalu memandang tinggi keupayaan sendiri dan pada masa sama mengabaikan risiko yang perlu dihadapinya di KTM.
"Memang normal le. Sebabnya, bila deme dah guna satu motor je, satu pengeluar je, deme tetiba rasa macam dah tau banyak benda.
"Sebenarnya, selagi deme tak duduk atas motor tu, memang impossible boleh tau. Sama juga berlaku kat awok dulu dan sama je dengan rider lain pun. Itu normal le. Jangan tak ketahuan lebih," kata Dovizioso cuba berfalsafah.
BACA >>> Mahkamah Rayuan MotoGP: Dovizioso Kekal Juara, Peranti Swingarm Boleh Digunakan
SUMBER: VisorDown
Leave a Reply