• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Kenapa Makin Pecut Laju, Makin Kuat Makan Minyak?

#TahukahAnda: Kenapa Makin Pecut Laju, Makin Kuat Makan Minyak?

May 7, 2019 By ZY 2 Comments

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

"KENAPA kalau aku bawa laju, lagi kuat motor ni makan minyak?"

Terima kasih kepada pembaca yang bertanya soalan ini di ruangan komen Facebook kami. Mengikut pemahaman pembaca tersebut, yang mengaku dirinya bukan dalam bidang kejuruteraan, memandu atau menunggang laju bermakna kita akan sampai lebih awal. Jadi,  penggunaan minyak (bahan api) sepatutnya kurang berbanding memandu perlahan dalam halaju rendah.

Tetapi, kenapa makin ride laju, lagi banyak pula motor ni hirup minyak?

Pertama sekali harus diperbetulkan, kadar penggunaan bahan api tidak bergantung kepada kelajuan kenderaan. Sebaliknya, bergantung kepada kelajuan enjin yang digunakan dalam jarak tertentu. Kelajuan enjin pula diukur dalam bentuk rev/putaran (revolution) per minit (RPM).

Dengan transmisi automatik, ramai terlupa atau tidak tahu kegunaan meter RPM (kiri sekali).

Contohnya, andaikan anda menyusuri lebuh raya dalam gear tertinggi dengan halaju sekitar 100kmj, bacaan RPM mungkin menunjukkan sekitar 3,000rpm (bergantung jenis dan kuasa kenderaan). Ketika menekan pedal atau memulas terotel untuk menaikkan halaju kenderaan, anda sebenarnya memaksa enjin meningkatkan kelajuan putaran. Misalnya, 4,000rpm untuk mencapai kelajuan 120kmj.

Jadi,  untuk sampai ke jarak sama, tetapi lebih pantas, enjin perlu berputar lebih laju. Tindakan menekan pedal pendikit, memaksa aliran bahan api masuk lebih deras ke dalam enjin dan mempercepatkan kitaran pembakaran yang kemudian diterjemahkan sebagai kuasa untuk menggerakkan kenderaan.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?

Bagi enjin pembakaran 4-lejang yang banyak digunakan kenderaan moden masa kini, kitaran kuasa dilengkapkan dalam 2 putaran enjin (boleh rujuk pautan di atas). Ini bermakna, dalam jarak perjalanan sama, enjin yang bekerja pada rev 3,000rpm hanya membakar bahan api (petrol) 1,500 kali per minit, manakala 2,000 kali pembakaran per minit dengan kelajuan putaran 4,000rpm.

Tapi, adakah perbezaan itu signifikan?

Sama ada betul-betul lebih boros atau tidak, bergantung kepada banyak faktor. Namun untuk menjelaskan perbandingan, kita boleh mengira secara teori jumlah petrol diperlukan pada kelajuan RPM berbeza. Bagaimanapun, masih bergantung kepada jenis dan sesaran kenderaan. Berdasarkan penelitian kami daripada pelbagai sumber, setiap 1 liter sesaran enjin jenis aspirasi natural (NA) memerlukan sekitar 0.1 gram petrol untuk setiap kitaran kuasa.

Jadi sebagai contoh, bagi kereta bersesaran 1.0L yang dipandu pada halaju 100kmj dengan 3,000 putaran per minit:

  • Anggaran jumlah bahan api diperlukan untuk 3,000rpm = 0.1 gram x 1,500 putaran = 150 gram petrol per minit
  • Ditukar kepada unit liter (kami gunakan kalkulator INI) = 150 gram = 0.2 liter per minit
  • Anggaran jumlah bahan api digunakan pada kelajuan 100km sejam = 0.2 liter per minit x 60 = 12 liter

Maka, jika kenderaan itu dipandu berterusan selama sejam pada jarak 100km, kadar efisiensi bahan api boleh dianggarkan 12 liter/100km atau 8.3km per liter.

Ulangi semula pengiraan di atas, tetapi dengan kelajuan 120kmj dan 4,000 putaran per minit pula:

  • Anggaran jumlah bahan api diperlukan untuk 4,000rpm: 0.1 gram x 2,000 putaran = 200 gram petrol per minit
  • Ditukar kepada unit liter (kami gunakan kalkulator INI): 200 gram = 0.27 liter per minit
  • Anggaran jumlah bahan api digunakan pada halaju 120km sejam: 0.27 liter per minit x 60 = 16.2 liter

Memandangkan jarak perjalanan masih sama, iaitu 100km, kadar efisiensi bahan api apabila kelajuan ditingkatkan akan menurun kepada 16 liter/100km, bersamaan 6.25km per liter.

BACA >>> Mat Motor Ini Beri Alasan Ekzos Bising Sebab Nak Jimat Minyak, Tapi Tetap Kena Saman


KESIMPULAN

Walaupun pengiraan di atas hanya teori semata-mata dan tidak merujuk kepada data-data kenderaan sebenar, dapat diperhatikan perbezaan signifikan apabila kita memandu lebih laju. Di sini, kita dapat lihat penurunan kadar efisiensi bahan api hingga 25 peratus walaupun halaju putaran enjin cuma dinaikkan 500rpm (masih peningkatan 25 peratus daripada 3,000-4,000rpm).

Namun, sekali lagi ditegaskan, ada banyak faktor yang menentukan kadar penggunaan bahan api kenderaan. Walaupun memandu lebih laju kerap dikaitkan dengan penggunaan bahan api yang lebih boros, ada juga faktor lain yang boleh membuatkan memandu laju jadi lebih jimat pula. Kenapa ini terjadi? Nantikan huraian kami pada masa akan datang.

BACA >>> #ApaNakBuat: Inilah 5 Tip Mahu Jimat Minyak Motosikal Anda

Related

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, jimat minyak, Pandu Laju Kuat Makan Minyak

Comments

  1. Andy Chong says

    May 12, 2019 at 8:15 AM

    Not very correct.
    Air resistance increases as per Velocity².

    Drag = 0.5, densityx CD x Area x Velocity²

    Reply
  2. Razif Rosly says

    May 12, 2019 at 7:03 PM

    Penggunaan bahanapi berkadaran putaran RPM ini amat jauh tidak tepat.

    Tuan Admin kene bukak balik brocher setiap pengeluaran kenderan. Tengok bahagian Max power atau max torqe. Lihat RPM dia berapa pada max torqe atau power.

    So di situlah RPM yang paling efficien dan menjimatkan.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Toyota Camry Terjunam Dari Tingkat 3 Akibat Tersilap Tekan Pedal Minyak
    Toyota Camry Terjunam Dari Tingkat 3 Akibat Tersilap Tekan Pedal Minyak
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev