• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Catat Jualan 4 Bulan Pertama Tertinggi dalam Sejarah, Myvi dan Aruz Paling Laris

Perodua Catat Jualan 4 Bulan Pertama Tertinggi dalam Sejarah, Myvi dan Aruz Paling Laris

May 2, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

631
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA mengukuhkan momentum jualan untuk empat bulan pertama 2019 dengan rekod jualan 82,700 unit kenderaan, meningkat 9.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Pada 2018, Perodua hanya menjual 75,500 unit kenderaan sepanjang Januari-April tahun itu.

Angka jualan itu juga pencapaian terbaik Perodua bagi empat bulan pertama dalam sejarah pengeluar nasional itu. Malah, pada April sahaja Perodua sudah mendaftarkan lebih 3,200 unit Aruz, juga angka pendaftaran bulanan tertinggi untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) itu.

Perodua Aruz Gear Up_3
perodua
perodua myvi baharu 2018

Jumlah jualan Perodua sepanjang April 2019 melebihi 22,100 unit kenderaan, meningkat hampir 11 peratus berbanding 19,939 unit pada April 2018. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, permintaan Aruz melebihi jangkaan dan pengeluaran dipercepatkan untuk memenuhi permintaan selain mengurangkan tempoh menunggu.

BACA >>> Selepas Pandu Uji Perodua Aruz di Rawang, Inilah Pandangan Kami...

Perodua Myvi Singapura_3
Perodua Bezza Edisi Terhad 2019_PanduLaju.jpg23
Perodua Axia

“Sejak Aruz dibuka untuk tempahan pada 3 Januari lalu, hampir 20,000 tempahan diterima dengan purata 170 tempahan setiap hari. Dan setakat hari ini, lebih 9,800 Aruz sudah diserahkan dengan purata lebih 100 unit setiap hari.

“Myvi kekal model terlaris kami sejak pelancarannya November 2017 dan kami sudah menyerahkan lebih 115,000 unit kepada pelanggan," katanya.

BACA >>> Perodua Jual 20,100 Kereta Sepanjang Januari 2019, Daftar 1,025 Aruz Dalam Sehari

Selain Myvi (7,700 unit), model Perodua lain turut mencatatkan pendaftaran tinggi sepanjang April iaitu Axia (5,900 unit), Bezza (4,200 unit) dan Alza (1,100 unit).

Related

631
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Zainal Abidin Ahmad, Jualan Perodua, Jualan perodua meningkat, Jualan Perodua Naik, Perodua, perodua aruz, Perodua Myvi (2018)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev