• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #PanduUji: Kia Picanto yang Kecil-Kecil Cili Padi, Memang Menyengat!

#PanduUji: Kia Picanto yang Kecil-Kecil Cili Padi, Memang Menyengat!

May 6, 2019 By Dee 2 Comments

674
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INILAH kereta kompak kecil molek yang kami gelarkan sebagai kecil-kecil cili padi!

Baru-baru ini Dee berpeluang memandu uji Kia Picanto 1.2 EX selama seminggu. Selepas puas membelek, dan mengkaji segala macam kelebihan dan keistimewaan yang ada pada Kia Picanto generasi ketiga ini, berikut Dee senaraikan kenapa model segmen-A ini berbaloi untuk dimiliki.

1. REKABENTUK JIWA MUDA

Penampilan Picanto 1.2 EX (2018) ini diilhamkan berasaskan rekabentuk signatur Kia yang dapat dilihat pada gril radiator 'hidung harimau' aka 'tiger nose' yang bersambung dengan lampu utama. Imej luaran Picanto menampilkan gaya muda dan sporty.

kia-picanto-malaysia-9
kia-picanto-malaysia-10
kia-picanto-malaysia-5
kia-picanto-malaysia-6
kia-picanto-malaysia-7
kia-picanto-malaysia-8

2. RUANG KABIN BERKUALITI

Picanto 1.2 EX (2018) dipadankan reka letak dan material baharu bagi menyerlahkan kualiti premium model mini ini.  Di tengah papan pemuka terpampang unit infotainment skrin sentuh apung 7 inci dengan sistem navigasi pemetaan 3D, konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto dengan ciri pengecaman suara, Bluetooth, auksiliari (AUX) dan port USB. 

3. CIRI KESELAMATAN TERTINGGI

Ini antara ciri Picanto (2018) paling mengujakan dan boleh dikategorikan sebagai paling premium dalam kelasnya.

  • Casis dibina berasaskan Keluli Kekuatan Tinggi Termaju (AHSS) yang lebih kuat berbanding model terdahulu.
  • 44 peratus kerangka badan Picanto menggunakan AHSS (berbanding 22 peratus bagi model terdahulu).
  • Berat kereta dikurangkan 23kg, manakala kekuatan tegangan ditingkatkan 12 peratus.
  • Ada 6 beg udara, pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX, tali keledar belakang prategang, Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dan Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC).
kia-picanto-safety-1
kia-picanto-safety-2
kia-picanto-safety-3
kia-picanto-safety-4
kia-picanto-safety-5
kia-picanto-safety-6
kia-picanto-safety-7

VIDEO PENUH PANDU UJI OLEH DEE

Bagaimanakah pula harga dan pengalaman memandu? Ya, Picanto (2018) sangat sedap dan seronok dipandu. Walaupun Naza Kia Malaysia tidak pernah sekalipun masukkan iklan di PanduLaju, kami tetap puji kerana Picanto (2018) sememangnya sebuah kompak yang seronok dipandu.

Cara kami mudah, benda baik harus dikongsi dengan semua pembaca walaupun sesetengah pengeluar langsung tidak pernah melabur dengan kami. Hendak tahu lebih lanjut kenalah tonton video pandu uji Dee di bawah ini:

Related

674
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Pandu Uji, Sembang Deras Tagged With: harga kia picanto, harga kia picanto baru, harga kia picanto malaysia, Kia, Kia Picanto, Kia Picanto (2018), kia picanto baru, Pandu uji, Pandu Uji Kia Picanto, Picanto, Review Kia Picanto, Video Kia Picanto

Comments

  1. Amran says

    May 8, 2019 at 10:51 AM

    Kia Rio pun sedap

    Reply
  2. Ahmad says

    July 18, 2019 at 1:05 AM

    Bila nak review picanto GT paultan dah buat nu.... Review la orang rumah dok gaduh nak tgk perempuan yg review GT line ni. Kereta untuk perempuan depa kata.....tolong review Dee na aku seronok tgk hampa review senang paham. GT ni xdak test drive lagi sini

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev