• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Indonesia perkenal Warna Baharu YZF-R15 untuk Gaya Lebih Sporty

Yamaha Indonesia perkenal Warna Baharu YZF-R15 untuk Gaya Lebih Sporty

April 29, 2019 By Aryon Leave a Comment

2.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) melancarkan warna dan grafik baharu untuk sportbike YZF-R15 dengan warna dan grafik baharu bagi menyerlahkan karakter DNA daripada siri R yang ikonik. Ada tiga pilihan warna ditampilkan, iaitu Racing Blue (biru), Racing Black (hitam) dan Racing Yellow (kuning).

Bagi varian Racing Blue, YZF-R15 tampil dengan kombinasi biru-hitam dan tambahan strip huruf 'R' pada kedua-dua sisi fairing sebagai simbol siri R. Varian Racing Black (hitam-merah) dan Racing Yellow (kuning-kelabu) menampilkan rekaan grafik lebih tajam dan agresif menerusi tambahan logo 'R15' pada kedua-dua sisi fairing. Juga ada ditambahkan strip minimalis di bahagian ekor belakang.

BACA >>> Yamaha YZF-R15 Satu-Satunya Sportbike Aras Mula di India Dapat ABS Dual-Chanel

“Penyegaran R15 ialah usaha YIMM untuk memberikan nilai tambah kepada penggemar sportbike tanah air, di mana mereka inginkan motor yang tampil lebih sporty dengan pelbagai ciri terkini dan prestasi jentera hebat yang mampu memenuhi gaya bermotosikal,” kata Naib Pengurus Besar Pemasaran YIMM, Yordan Satriadi.

R15 dijual pada harga Rp35,760,000 (RM10,300). Di Malaysia pula, YZF-R15 berharga RM11,988, tetapi itu cuma harga atas kertas. Jika ditanya ke premis jualan, harga sportbike ini rata-ratanya mencecah harga hampir RM15,000. Hmm...

YZF-R15 kali pertama diperkenalkan di Malaysia pada Julai tahun lalu. Sportbike itu dijana enjin 155cc penyejukan cecair dengan teknologi VVA (Variable Valve Actuation) dengan transmisi manual 6 kelajuan berkuasa 19hp @ 10,000rpm dan tork 14.7Nm @ 8,500rpm. Juga memiliki ciri moden seperti klac Bantu & Gelincir (ASC), fren Deltabox, fork terbalik (USD), lampu LED, spidometer digital penuh dengan indikator anjakan gear.

BACA >>> Sportbike Bakal Fenomena? Yamaha YZF-R15 Lancar di Malaysia, Harga RM11,988

Adakah ada versi segar semual di Malaysia juga?

Yamaha R15

Related

2.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, sportbike, Yamaha, Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM), Yamaha R15, Yamaha YZF-R15 (2019), YIMM, Yordan Satriadi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • BSH Nafi Motosikal Jenama Lain di Malaysia Guna Enjin Honda
    BSH Nafi Motosikal Jenama Lain di Malaysia Guna Enjin Honda

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev