MITSUBISHI memutuskan menamatkan pengeluaran Pajero untuk pasaran Jepun bermula Ogos ini dan sempena meraikan kehadiran kenderaan utiliti sukan (SUV) itu selama 37 tahun di jalan raya Negara Matahari Terbit itu, model Final Edition akan dikeluarkan dalam jumlah terhad, iaitu 700 unit sahaja.
Dibina berasaskan Pajero Exceed, model Pajero Final Edition dilengkapkan ciri tambahan seperti bumbung suria dan rel bumbung. Pelanggan juga boleh menempah Pakej Aksesori Final Edition untuk tambahan spoiler, penutup tayar simpanan dan madgad getah dengan lencana Pajero.
BACA >>> #Spyshot: Mitsubishi Pajero Sport Dikesan di Puspakom, Bakal Masuk Malaysia?
Di dalam, model edisi terhad ini diberikan kerusi depan elektrik, upholsteri kulit dan plat sil bercahaya 'Final Edition'. Trenkuasa dijana enjin 4-silinder diesel 3.2L berkuasa 187hp dan tork 441Nm dengan transmisi automatik 5-kelajuan dan sistem pacuan empat-roda (4WD) dengan diferensial belakang kunci
Harga Pajero Final Edition bermula ¥4,530,600 (RM167,400), termasuk 8 peratus cukai penggunaan di Jepun. Pembeli juga akan menerima pelekat istimewa dan jam tangan Mitsubishi buatan Citizen. Walaupun ditamatkan pengeluaran di negara sendiri, Mitsubishi menyatakan Pajero dan Pajero Sport akan terus dijual di pasaran negara lain.
BACA >>> 16 Fakta Pantas - Mitsubishi Xpander (Versi Indonesia) + 61 Foto Dalaman, Luaran
Leave a Reply