• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Choon Yip Juara Pulsar Dareventure Edisi Malaysia, Bawa Balik NS200 dan Tunai RM5k!

Choon Yip Juara Pulsar Dareventure Edisi Malaysia, Bawa Balik NS200 dan Tunai RM5k!

April 25, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

149
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DIAM tidak diam, nampaknya rancangan realiti TV, 'Pulsar Dareventure Edisi Malaysia' sudah tiba ke penghujung. Rasanya kami baru saja melaporkan tentang kedatangan siri web lapan episod itu ke Malaysia, Januari lalu. Siapakah juara edisi pertama peringkat Asia Tenggara itu yang membawa pulang wang bernilai RM5,000 dan streebike Modenas Pulsar NS200?

Peserta bertuah tersebut ialah Leong Choon Yip dari Puchong, Selangor. Dia yang tidak pernah mengimpikan untuk muncul juara berkata, pengembaraan tersebut satu pengalaman menyeronokkan selain dapat mengenali rakan-rakan baharu yang memiliki minat sama.

BACA >>> Selepas Nepal, Peru dan Sri Lanka, Siri Web Pulsar Dareventure Kini Jengah Malaysia

Tempat kedua jatuh kepada C Paavigness Rao dari Jempol, Negeri Sembilan dan ketiga ialah Nik Norparhana Yasmin Nik Wel dari Kepala Batas, Pulau Pinang. Masing-masing membawa hadiah wang tunai RM3,000 berserta Modenas V15, dan tunai RM1,500 dengan Modenas Kriss MR2.

KEMBARA DESTINASI PANORAMA

Modenas Dareventure_1
Modenas Dareventure_2
Modenas Dareventure_4

Sepanjang episod itu, peserta mengembara ke destinasi panorama, tetapi bukan sekadar tunggangan santai kerana masing-masing perlu bersaing sesama sendiri dalam beberapa cabaran disediakan merentasi beberapa negeri dengan menunggang Pulsar NS200.

Peserta memulakan perjalanan dari Selangor melalui Perak, Pahang dan ke Putrajaya. Laluan dan cabaran ditempuhi ialah  Speedway PLUS Circuit di Subang Jaya, Bukit Pasir di Rawang, SWAT Paintball di Janda Baik Pahang, Tanjung Tualang Tin Dredge di Batu Gajah. Kellie’s Castle, Hoga Gaharu Tea Valley di Gopeng, dan Putrajaya Challenge Park.

BACA >>> Modenas Pulsar NS200 vs Yamaha FZ150i? 5 Perbandingan Streetbike Pilihan Rakyat Malaysia

Episod paling mencabar buat peserta ialah di Hoga Gaharu Tea Valley yang cukup menguji kemahiran menunggang di luar zon selesa. Peserta perlu melengkapkan cabaran, terdiri daripada bermain paintball sambil menunggang motosikal, kuiz sejarah dan kerjasama berkumpulan dengan peserta lain.

Semua cabaran itu bukan saja menguji kemahiran menunggang, tetapi turut menguji kemampuan merancang strategi, ketahanan fizikal dan kebolehankerja berpasukan. Setiap episod menyajikan rakaman video mengujakan buat penonton yang boleh dilihat menerusi saluran YouTube MODENAS Malaysia bermula Februari lalu.

Di bawah ini ialah Episod 8, yang juga siri final Pulsar Dareventure Edisi Malaysia. Jom klik dan tonton:

Related

149
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bajaj Pulsar NS200, Modenas, modenas pulsar NS200, Pulsar Dareventure, Pulsar Dareventure Malaysia, roda2, TV Realiti

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev