• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Selepas Nepal, Peru dan Sri Lanka, Siri Web 'Pulsar Dareventure' Kini Jengah Malaysia

Selepas Nepal, Peru dan Sri Lanka, Siri Web 'Pulsar Dareventure' Kini Jengah Malaysia

January 16, 2019 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


PERNAHKAH anda dengar tentang rancangan realiti TV, 'Pulsar Dareventure'? Jika belum, sila baca artikel ini. Malaysia ialah negara keempat yang akan menyiarkan rancangan ini selepas Nepal, Peru dan Sri Lanka.

Siri web lapan episod itu akan disiarkan di akaun YouTube Modenas Malaysia bermula 8 Februari depan. Seramai 10 peserta seluruh Malaysia terpilih untuk menyertai cabaran Pulsar Dareventure menggunakan Modenas Pulsar NS200.

BACA >>> Konvoi Amal Modenas Pulsar Owner Club (MPOC) Sumbang Derma kepada Pusat Tahfiz

Dibawakan Modenas, rancangan itu akan menguji daya ketahanan fizikal dan mental peserta untuk merebut wang tunai RM5,000 dan sebuah Pulsar NS200, sekali gus dinobatkan sebagai pemenang pertama Pulsar Dareventure Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Amirudin Abd Kadir berkata, Modenas gembira dapat membawa rancangan realiti TV itu ke Asia Tenggara dan sambutan diterima cukup menggalakkan.

Cabaran tersebut terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira lelaki atau wanita yang berusia 18 tahun ke atas dan memiliki lesan B2 atau B. Uji bakat pencarian dibuat di Pulau Pinang, Selangor dan Johor, termasuk uji bakat menerusi atas talian yang memerlukan calon menghantar video bakat mereka berdurasi 1 minit di laman web Modenas Malaysia.

BACA >>> 4 Reviu Pantas | Modenas Dominar D400 vs Pulsar NS200 vs Kawasaki Z250

Rancangan itu akan diserikan pengacara Nurul Alis Aidil Akhbar dan setiap episod akan memberi tumpuan kepada ciri-ciri utama Pulsar NS200 dan faktor keseronokan tunggangan.

GALERI
Pulsar Dareventure-2
pulsare-dareventure-1
pulsar-dareventure-malaysia-2019
pulsare-dareventure-2
Screen Shot 2019-01-16 at 2.03.52 PM
Pulsar Dareventure-6
Pulsar Dareventure-7
Pulsar Dareventure-8
Pulsar Dareventure-5
pulsare-dareventure-3
Pulsar Dareventure-10
Pulsar Dareventure-4
Pulsar Dareventure-3
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Amirudin Abd Kadir, Auto Terkini, Bajaj Auto, Modenas, modenas pulsar, modenas pulsar NS200, Nurul Alis Aidil Akhbar, Pulsar Dareventure, Pulsar Dareventure Malaysia, roda2, TV Realiti

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
  • Pemilik BMW Bongkar Taktik Penipuan Insurans untuk Tuntut 'Lost Of Use' 
    Pemilik BMW Bongkar Taktik Penipuan Insurans untuk Tuntut 'Lost Of Use' 
  • #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?
    #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my