• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Inilah Sebab Yamaha Tidak Protes Winglet Swingarm Ducati, Rossi Pun Minta Pasang!

Inilah Sebab Yamaha Tidak Protes Winglet Swingarm Ducati, Rossi Pun Minta Pasang!

April 23, 2019 By Aryon Leave a Comment

868
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS Mahkamah Rayuan MotoGP memutuskan winglet swingarm Ducati sebagai sah digunakan, pasukan lawan lain kini mula cuba menggunakan peranti sama. Malah, kekanda Valentino Rossi turut mendesak pasukannya, Monster Energy Yamaha supaya turut memasang komponen tambahan itu.

Sebaik saja diputuskan sah digunakan, pasukan Honda, Aprilia dan KTM sudah mula menggunakannya. Malah Honda dilihat menggunakan winglet itu pada latihan bebas FP3 di GP Austin lalu, manakala KTM ketika trek basah.

BACA >>> Marquez Jangka Honda Akan Tiru Spoiler Swingarm Seperti Ducati

Sebenarnya Yamaha tidak termasuk dalam pakatan pasukan yang menyatakan bantahan terhadap Ducati. Ini kerana Yamaha memang ada menggunakan peranti seumpama itu pada ujian pramusim pada jentera Rossi.

Namun berbeza Ducati yang mendakwa menggunakan winglet swingarm untuk menyejukkan tayar, tetapi Yamaha menggunakan peranti itu sebagai deflektor air sebagai penyelesaian keselamatan jika trek basah atau berlumba ketika hujan.

Walaupun winglet swingarm Yamaha bersaiz lebih kecil berbanding Ducati, tetapi Rossi menggesa pasukannya memasang peranti itu nanti kerana berpendapat ia memberikan kesan kepada aspek tunggangan YZR-M1.

BACA >>> Pakar F1 Akui Peranti Swingarm Ducati Memang Beri Kesan Aerodinamik

Adakah ini bermakna Yamaha akan semakin di depan dalam aksi-aksi pusingan MotoGP selepas ini? Wow!

Related

868
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2019 MotoGP, Monster Energy Yamaha, MotoGP, Peranti Swingarm, sukan permotoran, Valentino Rossi, Winglet Swingarm, Winning Now Ducati Team, Yamaha YZR-M1

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev