Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»9 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Suzuki GSX-8S (2023)
Roda2

9 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Suzuki GSX-8S (2023)

ShawkathBy Shawkath10/11/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUZUKI GSX-8S (2023) diperkenalkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2022, semalam sebagai model serba baharu dari kilang Hamamatsu di Jepun. Buat masa ini, harga belum disahkan, termasuk masa berada di pasaran.

Suzuki GSX-8S (2023) ialah model terbaharu dalam segmen naked bike middleweight dengan casis, gaya dan enjin baharu. Berikut sembilan perkara perlu anda tahu tentang model berkenaan:

BACA >>> Honda XL750 Transalp (2023) Lancar di EICMA 2022, Harga Kekal Misteri

1. TRENKUASA

  • Dipacu trenkuasa 4-lejang 8-injap dwi-silinder sebaris 776cc DOHC penyejukan cecair dengan aci sesondol (camshaft) 270º dan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 81.7hp @ 8,500rpm dan tork 78Nm @ 6,800rpm.
  • Aci sesondol 270º dihasilkan untuk meniru karakter enjin V-Twin dengan piston jenis aluminium tempa dan garis merah rev pada 9,250rpm.
  • Setiap piston menggunakan metod imbang lawan (cross balanced) untuk mengatasi masalah lebih getaran yang diposisi pada sudut 90º ke aci sesondol.

2. ENJIN SEBARIS VS V-TWIN

  • Suzuki pilih konfigurasi parallel-twin (dwi-silinder sebaris) berbanding V-Twin atas faktor saiz kerana menawarkan saiz enjin yang kompak, berprofil lebih tirus, pendek, menambah baik pusat graviti dan mudah dimuatkan pada pelbagai casis dengan lebih efisien.

3. TRANSMISI

  • Transmisi manual6-kelajuan dengan pakej sistem klac antigelincir Assist & Slipper (A&S) dan Quick Shifter.
  • Sesuai untuk tunggangan dalam bandar kerana menawarkan anjakan naik-turun gear yang lancar dan mudah.

BACA >>> Italjet Dragster 500GP Debut di EICMA 2022, Jengah Pasaran 2024

4. TIGA MODE

  • Ada tiga mod tunggangan: A (Active), B (Basic), and C (Comfort), sama seperti terdapat pada Suzuki GSX-S1000, Suzuki GSX-1000GT+ dan  Suzuki Katana.
  • Tiga tahap kawalan traksi yang boleh dinyah aktif. Bagaimanapun, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) tidak boleh dimatikan.
  • Ada teknologi Bantuan RPM Rendah (LRA) dan Quick Shifter dwi-hala (atas/bawah).
  • Tiada ciri ABS Belok, pengesan miring Kawalan Traksi dan Kawalan Jelajah.

BACA >>> Italjet Dragster #e01 Electric Muncul di EICMA 2022, Lancar Tahun Depan!

5. PANEL DIGITAL

  • Panel meter digital TFT warna penuh digital.
  • Sistem lampu LED sebagai ciri standard.
  • Panel meter mirip model  satu liter Suzuki, tetapi diberikan perubahan untuk disesuaikan mengikut keperluan.

BACA >>> Can-Am Perkenal Motosikal Elektrik Dua Roda

6. CASIS

  • Menggunakan frem trellis serba baharu dengan swingarm aluminium.
  • Jarak roda 1,465mm, tinggi pelana 810mm dan jarak lega bumi 145mm.
  • Berat 202kg, lebih ringan sedikit berbanding Kawasaki Z900 dan BMW F 900 R.
  • Suspensi jenis fork terbalik (USD) KYB, tetapi tidak boleh laras (depan), dan monoshock di belakang.
  • Kapasiti tangki minyak 14 liter.

7. RIM DAN BREK

  • Rim aluminium 17 inci dengan tayar Dunlop Sportmax Roadsport 2 bersaiz 120/70 (depan), dan 180/55 (belakang).
  • Sistem brek dwi-cakera 310mm dengan kaliper Nissin 4-piston (depan), cakera tunggal 240mm dengan kaliper piston tunggal (belakang). Sistem ABS dibekalkan sebagai ciri standard.

8. WARNA

  • Ada tiga pilihan warna: Pearl Cosmic Blue (biru), Pearl Tech White (putih) dan Metallic Matte Black No.2 dengan Glass Sparkle Black (hitam).

9. AKSESORI

Pelbagai aksesori disediakan daripada kotak simpanan hingga komponen perlindungan seperti kotak sisi 20 liter, dua beg tangki minyak (besar dan kecil), slider frem, lampu signal LED dan kowl untuk pelana tunggal.

SUMBER: UltimateMotorcycling

Naked Bike Middleweight Pameran Motor Milan (EICMA) roda2 SUZUKI GSX-8S Suzuki GSX-8S (2023)
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Ducati DesertX 2026 V2, Enjin V2 890 cc Baharu Lebih Mudah Selenggara, Kerangka Trelis

26/02/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Korang – Naked, Sportbike, Cruiser atau Touring?

26/02/2026
Roda2

Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas

26/02/2026
Roda2

KTM 990 RC R Track 2026 – Versi Litar Dengan 135 ps/105Nm, Ekzos Akra!

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.