Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»9 Fakta Menarik Tentang Hyundai Accent (2018), Kini Lebih Berkuasa, Lebih Bergaya
Roda4

9 Fakta Menarik Tentang Hyundai Accent (2018), Kini Lebih Berkuasa, Lebih Bergaya

Han OthmanBy Han Othman15/11/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HYUNDAI Accent generasi kedua (1999-2005) pernah memasuki pasaran Malaysia sebelum dihentikan pengeluaran. Sejak itu, tiada lagi model Accent singgah di Malaysia. Mungkin Hyundai menyedari betapa sukar menembusi pasaran subkompak negara ini yang tepu dikuasai peminat tegar Honda (City) dan Toyota (Vios). Itu belum dikira lagi saingan daripada model nasional seperti Proton (Persona).

Sudahnya, Hyundai terpaksa melepaskan baton segmen subkompak Malaysia kepada subsidiarinya Kia menerusi model Rio sedan, dan masih belum sudi membawa masuk Accent yang kini sudah pun memasuki generasi kelima. Jadi, sempena 2018, Hyundai merekabentuk semula sepenuhnya model tersebut supaya tampil lebih segar, menarik dan menepati selera.

BACA >>> #PanduUji: 6 Sebab Kenapa Kia Rio Sedan Perlu Lebih Perhatian

Sekarang, mari kita ketahui dulu 9 perkara menarik mengenai Hyundai Accent (2018):

1. HARGA DAN MASA DILANCARKAN

Harga masih belum diumumkan, tetapi menurut jangkaan pasaran harga di Amerika Syarikat dan Kanada, Accent (2018) munkin dijual pada harga sekitar AS$15,000 (RM62,874). Kalau diambil harga Kia Rio Sedan pasaran Malaysia, kami jangkakan sedan ini akan dijual antara RM75,000-RM80,000. Namun, masih tiada khabar berita sama ada Hyundai akan membawa masuk model ini ke Malaysia.

2. GAYA BADAN

Tiada masalah jika Hyundai-Sime Darby Motors mahu memasukkan Accent dalam slot subkompak yang sudah lama terbiar tanpa penghuni. Mungkin perlu bersaing dengan rakan subsidiari, Kia, tetapi bukankah kedua-dua entiti itu memang sudah sedia bersaing dalam banyak segmen yang sama?

Kalau tidak sedan, mungkin saja model hatchback diperkenalkan, ataupun kedua-dua sekali.

3. REKABENTUK BAHARU

Jika model Accent terdahulu lebih seakan kacang, rekabentuk baharu kali ini tampak lebih matang. Sekali imbas nampak seperti Elantra mini. Ini secara tidak langsung menyerlahkan imej eksklusif Accent, terutama dari depan, sekali gus menarik perhatian pembeli. Model premium menawarkan ciri seperti lampu utama LED, trim krom dan rim 17-inci. Menarik bukan? 

4. DIMENSI BAHARU

Rekabentuk semula kali ini menjadikan Accent lebih besar, lebih lebar dan panjang. Ini bermakna, pemandu dan penumpang dapat menikmati lebih keselesaan. Kapasiti but ialah 387 liter, sama seperti generasi terdahulu (ke-4).

BACA >>> Kia Rio (2017), Enjin 1.4L MPI, 6 Beg Udara – Harga RM79,888

5. BANYAK TEKNOLOGI

Naik taraf terbesar diperkenalkan Accent (2018) ialah kamera sokongan sebagai standard, manakala ciri brek kecemasan automatik dan kawalan suhu automatik disediakan pada varian premium, yang boleh dianggap terkini dalam segmen tersebut.

Ciri Apple CarPlay dan Android juga ditawarkan bersama paparan skrin sentuh 5-inci (basis) dan 7-inci (naik taraf). Model di Kanada khabarnya disediakan penghangat roda stereng dan kerusi sporty dua tona.

6. DALAMAN KEMAS

Tidak banyak kejutan untuk ruang dalaman jika dibandingkan dengan generasi terdahulu. Tetapi kalau dibandingkan dengan model generasi kedua yang pernah memasuki pasaran Malaysia, memang bagai langit dan bumi.

Susun atur dalaman sangat mesra pengguna. Walaupun tidak mewah, tetapi tidak pula nampak murah. Ada banyak material plastik keras digunakan untuk kemasan kabin, tetapi diadun baik supaya selesa dipandang mata.

7. SATU VARIAN ENJIN


Agak menarik juga cara Hyundai menerusi Accent ini. Model ini cuma menampilkan satu varian enjin, 4-silinder 1.6L berkuasa 130hp dan tork 161Nm yang disalurkan kepada sistem pacuan roda depan (FWD) menerusi transmisi manual atau automatik 6-kelajuan.

Lebih mengujakan, angka prestasi Accent jauh mengatasi pencabar sedia ada dalam segmen sama. Sebagai perbandingan, Honda City (118hp, 145Nm); Toyota Vios (105hp, 140Nm); Proton Persona (107hp, 150Nm); Kia Rio Sedan (105hp, 135.5Nm).

8. DINAMIK PEMANDUAN

Belum ada sebarang laporan pemanduan setakat ini. Tidak banyak yang diharapkan daripada sebuah jentera subkompak, cukup saja pemanduan yang lancar, senyap dan menjimatkan tanpa banyak adegan drama. Dibandingkan dengan model lama, Accent (2018) khabarnya lebih tajam dan tangkas dari segi pengendalian dan talaan suspensi.

Pemandu juga diberikan mod Sport, tetapi tidaklah begitu signifikan bagi kereta famili kecil sebegini melainkan ada sedikit fiil lonjakan. Apapun, tetap ciri yang menarik yang boleh dibanggakan.

9. JIMAT BAHAN API

Ini isu paling kritikal, terutama di kalangan pembeli Malaysia yang lebih kerap mengeluh setiap minggu apabila mengetahui harga minyak naik. Malah, pembeli Malaysia juga lebih berkira tentang penjimatan minyak berbanding dinamik pemanduan dan ciri keselamatan.

Kadar penggunaan bahan api Accent (2018) untuk transmisi automatik ialah 28mpg dalam bandar dan 38mpg antarabandar dan 32mpg bandar-antarabandar (7.3 liter/100km). Penambahbaikan 7 peratus berbanding Accent generasi lalu.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

hyundai Hyundai Accent (2018) Hyundai-Sime Darby Motors Roda4 Sedan subkompak
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Dari RM399,990, SUV 7 Tempat Duduk, Enjin V6 3.0L

09/03/2026
Lotus Eletre X Hybrid 2026
HEV

Lotus Eletre X Hybrid Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, Tork 935Nm

09/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.