Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»8 Tip Penting untuk Pembonceng Motosikal
Roda2

8 Tip Penting untuk Pembonceng Motosikal

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA orang, setiap kali mahu membonceng, mesti dia minta si penunggang sengetkan sikit motosikal supaya senang  mahu naik dan duduk. Tetapi ingat, jangan ikut!

Cara membonceng yang betul ialah sebelah kaki perlu memijak peg kaki (footrest/footpeg) sebelum melonjakkan  naik duduk atas pelana. Sebelum itu, pastikan penunggang  terlebih dulu bersiap sedia dalam posisi memasang kuda-kuda. Kalau tidak, anda dan penunggang boleh tergolek bersama. Pastikan juga penunggang dapat menahan berat badan anda (kurang sesuai untuk pembonceng terlebih berat badan – gemuk/obes).

Berikut 8 perkara yang perlu pembonceng ambil perhatian:

  1. Pastikan penunggang bersedia dan enjin motor sudah dihidupkan sebelum pembonceng dibenarkan naik duduk atas motor.
  2. Jika boleh, duduk serapat mungkin dan letakkan posisi diri sebagai penunggang aktif kedua.
  3. Pegang atau peluk pinggang penunggang hingga dua tangan saling bertemu jika boleh. Jangan pegang bahagian besi belakang motor! Ini boleh menjejaskan kestabilan motosikal dan pengendalian penunggang.
  4. Jika keberatan memeluk tubuh penunggang (mungkin sebab perut buncit sangat), rapatkan kaki atau peha ke pinggang penunggang supaya dapat mengikuti rentak tunggangan dengan baik.
  5. Apabila motor berhenti, pastikan kaki diletakkan atas peg kaki.
  6. Jangan sesekali duduk secara sisi. Ini biasa dilakukan pembonceng perempuan.
  7. Sentiasa ikut gerakan badan penunggang, terutama ketika membelok. Jangan menyongsangkan badan tiba-tiba. Misalnya penunggang membelok ke kanan, tetapi pembonceng di belakang boleh pula menyengetkan badan ke kiri.
  8. Jangan bergerak tiba-tiba ketika motosikal sedang memecut ataupun berhenti. Misalnya, berdiri mengejut ketika penunggang sedang memecut. Ini berisiko membuatkan motosikal ter-wheelie, atau penunggang terkejut dan membrek kecemasan.

BACA >>> 10 Silap Besar Penunggang Motosikal yang Kerap Dilakukan

CARA MEMBONCENG BETUL

CARA MEMBONCENG SALAH

BACA >>> Inilah 10 Sebab Kenapa Mat Motor Malaysia Pakai Jaket Terbalik

autotainment bonceng motosikal cara membonceng motosikal tip automotif tip membonceng
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.